ANAK syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG), MASwings bakal menjadi hak milik Sarawak sepenuhnya bulan depan (Disember 2024) selepas perjanjian jual beli dimuktamadkan.
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan syarikat penerbangan Sarawak itu dapat membuka peluang mempromosikan khazanah dan budaya di negeri tersebut kepada komuniti perniagaan serta pelancongan domestik atau luar negara.
Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain."
"Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil kita terus mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain."
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, rundingan masih lagi dijalankan antara pihak MASwings dan Kerajaan Sarawak.
Rundingan lain turut melibatkan MAG dan Khazanah Nasional Bhd mengenai pembelian saham dalam MASwings.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply