• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Tingkap Kuasa: Honda Lancar Kempen Panggil Balik 1.79 Juta Unit Kenderaan

Masalah Tingkap Kuasa: Honda Lancar Kempen Panggil Balik 1.79 Juta Unit Kenderaan

December 16, 2020 By Azizi H Leave a Comment

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Motor Co kelmarin memanggil balik 1.79 juta unit kenderaan jenama itu di seluruh dunia dalam empat kempen berasingan, termasuk beberapa unit yang dilaporkan terbabit kebakaran.

Di Amerika Syarikat (AS), kempen panggil balik itu melibatkan 1.4 juta unit kenderaan. Satu kempen panggil balik membabitkan 268,000 unit CR-V (2002-2006) di AS untuk menggantikan suis utama tingkap kuasa. Menurut Honda, setakat ini tiada insiden kecederaan berlaku, tetapi terdapat 16 kes kebakaran dilaporkan ada kaitan dengan isu berkenaan.

Honda sudah mula melancarkan kempen panggil balik atas isu suis utama tingkap kuasa utama pada 2012. Panggil balik terbaharu ini adalah respons kepada masalah suis rosak akibat kelembapan selepas kempen baik pulih pertama dulu.

Honda juga memanggil balik kira-kira 735,000 unit Accord dan Accord Hybrid (2018-2020) serta Insight (2019-2020) di AS untuk mengemas kini perisian Modul Kawalan Badan (BCM). Ini kerana masalah pemprograman yang berlaku menyebabkan beberapa indikator amaran menyala, manakala beberapa komponen elektronik gagal berfungsi seperti paparan kamera pandang belakang, signal belok dan wiper cermin.

Honda turut mengeluarkan dua notis panggil balik membabitkan 430,000 unit kenderaan di AS untuk menggantikan syaf pacu  (driveshaft) depan yang berisiko patah kerana masalah kakisan. Tiada kecederaan dilaporkan yang ada kaitan dengan kempen panggil balik tersebut.

Bagaimanapun menurut Honda, stok alat ganti baik pulih tidak tersedia sepenuhnya untuk semua kenderaan yang terlibat dalam kempen panggil balik syaf pacu. Panggil balik adalah melibatkan Civic Hybrid (2012), Fit (2007-2014) dan Acura ILX (2013-2015), Acura ILX Hybrid (2013) dan Accord (2013-2015).

Setakat ini, tiada laporan kemalangan dilaporkan berhubung kegagalan syaf pacu dan perisian model.

BACA >>> 9 Fakta Pantas: Honda CR-V Facelift Lancar di Thailand, Kini dengan Pilihan 7-Kerusi
BACA >>> Masalah Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik, Lebih 55k Unit Terlibat!

SUMBER: AstroAwani

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Honda Motor Co, Honda USA, kempen panggil balik Honda, Panggil Balik, Recall, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my