SELAIN model scrambler Bear 650, Royal Enfield juga menambah satu lagi model motosikal ke pasaran tempatan iaitu Classic 650 dengan tiga skim warna menarik.
Ketibaan Royal Enfield Classic 650 membantu menambah pilihan gaya motosikal klasik dengan beberapa ciri moden yang berpotensi memenuhi selera pencinta motosikal gayaan klasik. Berikut ialah perinciannya:
WARNA & HARGA
- Bruntingthorpe Blue: RM34,500
- Vallam Red: RM34,500
- Black Chrome: RM35,500
CLASSIC 650
- Enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 647.95cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api, berkuasa 46.4hp @ 7,250rpm dan tork 52.3Nm @ 5,650rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan.
- Frem jenis keluli tubular spine.
- Fork teleskopik 43mm (depan) dan penyerap hentak berkembar untuk belakang.
- Dimensi panjang 2,318mm, lebar 892mm dan tinggi 1,137mm.
- Jarak roda 1,475mm dan jarak bumi 154mm.
- Ketinggian pelana 800mm dan berat kasar 243kg.
- Kapasiti tangki minyak: 14.8 liter
- Rim depan 19 inci tayar 100/90, belakang 18 inci tayar saiz 140/70.
- Brek cakera tunggal 320mm (depan) dan cakera tunggal 300mm, kedua-dua menggunakan kaliper dwi-piston. Ada brek ABS dwi-saluran.
- Sistem pencahayaan LED untuk lampu utama dan belakang.
- Ada soket USB Type-C.
Leave a Reply