Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#MAS2024: GWM TANK 300 Buka Tempahan, Pembeli Pertama Dapat Waranti Sepanjang Hayat!
Roda4

#MAS2024: GWM TANK 300 Buka Tempahan, Pembeli Pertama Dapat Waranti Sepanjang Hayat!

Han OthmanBy Han Othman23/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GWM Malaysia membuka tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV) GWM TANK 300 untuk pasaran tempatan sempena pameran Malaysia Autoshow (MAS) 2024 pada harga anggaran RM250,000.

Diposisikan sebagai SUV saiz pertengahan, GWM TANK 300 tampil sebagai SUV off-road dengan rekabentuk luaran berkotak, maskular dan kabin serba mewah dalam kemasan kulit Nappa.

Berikut spesifikasi GWM TANK 300:

  • Dijana enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L turbo dengan output kuasa 220ps (217hp) dan tork 380Nm.
  • Transmisi automatik ZF 8-kelajuan dan sistem pacuam semua roda separuh masa dengan fungsi 2H, 4H dan 4L, termasuk kunci diferensial depan dan belakang.
  • Memiliki dimensi panjang 4,760mm, lebar 1,930mm dan tinggi 1,903mm, manakala jarak roda 2,750mm dan jarak tinggi bumi 224mm dengan kemampuan meredah kedalaman air sedalam 700mm.
  • Rim 18 inci dengan tayar Michelin Primacy SUV.
  • Dilengkapi teknologi bantuan pemandu Level 2 seperti Amaran Keluar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), dan Bantuan Lebuh Raya (Highway Assist).
  • Rekaan papan pemuka seakan mengambil ilham Mercedes-Benz G-Class dengan unit infotainment warna penuh 12.3 inci berserta konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, termasuk dilengkapi ciri pengecas wayarles, upholsteri kulit, perehat lengan tengah dengan ruang storan, bumbung suria dan pedal syif.
  • Ada sembilan pembesar suara premium akustik dinamik INFINITY.
  • Ada sembilan mod pandu untuk kawalan pelbagai kondisi rupa bumi.

Semua model awal ini ialah unit import penuh (CBU). Bagi 300 tempahan pertama akan mendapat pakej servis percuma lima tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu), termasuk caj buruh dan alat ganti.

Menariknya, GWM Malaysia menawarkan waranti sepanjang hayat dengan perbatuan tanpa had kepada pembeli pertama, termasuk hadiah misteri yang akan didedahkan pada pelancaran rasmi nanti.

Pada acara MAS 2024, GWM Malaysia turut mempamerkan SUV hibrid, GWM Haval H6 HEV dan model kenderaan elektrik (EV), Ora Good Cat dan Ora 07 kepada pengunjung.

RERUAI GWM MALAYSIA DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024
GWM TANK 300
GWM TANK 300 BLACK EDITION
GWM Malaysia GWM TANK 300 Roda4 SUV off-road SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.