• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Martin Nak Pecah Rekod Motosikal Terpantas Dunia, Sasar Capai Halaju 644kmj!

Martin Nak Pecah Rekod Motosikal Terpantas Dunia, Sasar Capai Halaju 644kmj!

April 28, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

341
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANTAN pelumba Isle of Man TT dan hos televisyen, Guy Martin akan cuba memecahkan rekod manusia terpantas atas dua roda di dataran garam Bolivia, tahun depan. 

Sasaran Martin adalah mencapai kelajuan 644kmj (400bpj), sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang mencatatkan purata kelajuan 606kmj (376.363bpj) dalam dua percubaan. Rekod lama juga menunjukkan pasukan terdahulu merekodkan kelajuan maksimum 634kmj (394bpj) dalam salah satu percubaan.

Alex Macfadzean (kanan) bersama jurutera, Alastair Smith (kiri)

Martin akan menunggang motosikal kustom sepanjang 9.1 meter (30 kaki) yang dibina berasaskan frem trelis daripada aluminium dan dijana enjin turbin helikopter tentera buatan Rolls Royce berkuasa 1,200hp! Pembinaan motosikal tersebut diketuai Alex Macfadzean.

Pelumba kelahiran Britain, Guy Martin

Casis motosikal disalut dengan lapisan nipis karbon untuk mengurangkan geseran. Setiap inci casis ini akan kerap kali diuji dan diperiksa berkali-kali bagi mendapatkan struktur kukuh. Percubaan dijangka dilakukan beberapa kali dan dihadiri staff produksi televisyen untuk tujuan dokumentasi.

Ketika ini, Macfadzean sedang menyiapkan badan motosikal sebelum dijangka mengujinya pada bulan akan datang. Kemudian, dia akan cuba untuk memecahkan rekod di Bolivia tahun depan. 

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Pelumba Motosikal yang Jadi Inspirasi Ramai Generasi Muda
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

Pelumba kelahiran Britain, Guy Martin

SUMBER: Jalopnik

Related

341
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alastair Smith, Alex Macfadzean, Auto Terkini, Bolivia, Guy Martin, isle of man tt, Manusia Terpantas Atas Dua Roda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev