Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez: Ini Bukan Masa Sesuai Naik Podium
Auto Terkini

Marquez: Ini Bukan Masa Sesuai Naik Podium

ShawkathBy Shawkath21/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA dunia lapan kali, Marc Marquez mendakwa musim ini bukan masa sesuai untuk bersaing merebut podium dalam aksi Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 kerana beliau kini sedang mencari hala tujunya bersama Honda.

Marquez memulakan kempen MotoGP  2022 dengan pelbagai halangan dan pada masa sama cuba memahami karakter baharu jentera Honda RC213V yang kini lebih radikal dengan bahagian belakang lebih bias untuk menambah baik kekuatan traksi.

BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!

Selepas menamatkan GP Qatar di kedudukan kelima, Marquez tersingkir dari GP Indonesia akibat kecederaan dalam insiden ketika sesi pemanasan. Malah kemalangan itu menyebabkan masalah diplopia dialaminya sebelum ini berulang semula hingga terlepas saingan GP Argentina.

Minggu lalu, Marquez kembali ke GP Amerika dengan mengakhiri perlumbaan di posisi keenam dalam aksi cukup dramatik selepas ketinggalan di belakang disebabkan masalah jentera. Marquez kini menduduki ranking ke-13 dengan mengutip 21 mata.

BACA >>> Bastianini Juara Lagi, Aksi Marquez Jadi Tumpuan di GP Amerika
BACA >>> Marquez Semakin Pulih Masalah Diplopia, Tapi Terlepas Aksi GP Argentina

Pusingan MotoGP akan beralih ke litar Eropah bermula minggu depan, dan Portugal menjadi trek pertama. Marquez menyedari beliau kini tiada kemampuan bersaing merangkul kemenangan di semua litar, dan percaya ini bukan masa memikirkan podium.

Marquez berkata;

Sekarang kita perlu sedar kemampuan trek Eropah yang aku rasa bukan tahap bersaing capai kemenangan setiap perlumbaan. Salah satu lagi perkara penting, di litar yang aku cukup kenal (COTA), aku tahu kat mana kelemahan motor.

“Aku dah gesa Honda, kau kena buat kerja itu dan ini kalau nak kekal bersaing dalam perlumbaan akan datang. Memang betul Pol (Espargaro) ride hebat di beberapa trek, (Takaaki) Nakagami pun sama. Tapi kita ada beberapa poin lemah yang perlu dibaiki kalau nak kekal konsisten semua trek.

“Maksud aku, apa aku pelajari dalam kejuaraan ini adalah dengan motor ini, kau tak dapat ramal GP. Kau tak boleh ke mana-mana GP dan cakap, ‘dengan (motor) ini aku boleh menang, dengan (motor) ini aku akan tamatkan perlumbaan di tempat lima ke atas, atau dengan ini aku duduk ranking 10 ke atas.

“Kau tak tau. Ketika (aksi) hujung minggu, kau kena terima (hakikat) di mana kau berada, dan jika nombor 10, maka 10-lah. Tapi macam biasa, aku akan ambil risiko dan cuba sasar naik podium setiap perlumbaan. Tapi ini bukan masa sesuai bersaing untuk podium.”

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Harga Sebuah Jentera MotoGP?
BACA >>> GP Argentina: Aleix Raih Kemenangan Pertama MotoGP, Termasuk untuk Aprilia
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022
BACA >>> Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022

SUMBER: Motorsport

Cerita Marc Marquez Honda HRC Pol Espargaro roda2 Takaaki Nakagami
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.