Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Giat Jalani Terapi, Sasar Mahu Pulihkan Bahu Sebelum Ujian Pramusim Sepang
Auto Terkini

Marquez Giat Jalani Terapi, Sasar Mahu Pulihkan Bahu Sebelum Ujian Pramusim Sepang

AryonBy Aryon10/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADINDA Marc Marquez kini sibuk menjalani proses pemulihan untuk menguatkan semula otot tangan selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang bahu, bulan lalu dengan harapan dapat cergas sepenuhnya menjelang ujian pramusim MotoGP bulan depan.

Juara bertahan itu menjalani pembedahan bahu kiri pada awal Disember tahun lalu sebaik saja tamat sesi ujian akhir musim di Jerez bersama pasukannya Repsol Honda.

BACA >>> Adinda Marquez Lakar Sejarah – Juara MotoGP Pertama Tercabut Bahu!

Berdasarkan jadual pemulihan enam minggu selepas pembedahan, Marquez dijangka hampir cergas sepenuhnya menjelang ujian percubaan di litar Sepang, Malaysia pada 1-3 Februari depan sebelum ujian pramusim rasmi pertama seminggu selepas itu pada 6-8 Februari, juga di trek sama.

Marquez mengikut peringkat pertama pemulihan di kampung halamannya di Cervera sambil meraikan Krismas dan Tahun Baru bersama keluarga. Dengan mendapat penjagaan rapi pakar fisioterapi Carlos Garcia yang menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan Clinica Mobile MotoGP, Marquez kini giat menggandakan program pemulihan demi menguatkan semula otot bahunya.

Pelumba Sepanyol itu menderita masalah bahu tercabut dalam dua insiden besar, iaitu ketika meraikan kemenangan di Motegi, Jepun apabila bahunya ditepuk rakan pelumba Scott Redding (Aprilia Gresini Racing) yang datang untuk mengucapkan tahniah. Satu lagi insiden ialah ketika kemalangan dalam ujian kelayakan di Valencia, Sepanyol.

HAMPIR CERGAS DI SEPANG

 

Avanzando en la recuperación. Primeros ejercicios de estabilidad!
Recovery in progress. First stability exercises!💪🏼 pic.twitter.com/j2jKRMdLWQ

— Marc Márquez (@marcmarquez93) 7 January 2019

Marquez sebelum dibedah di Jerez berkata;

“Pemulihan (akan ambil masa) sepanjang musim sejuk.

“Disebabkan pemulihan lama, aku tidak akan datang di Malaysia dengan 100 peratus cergas. Jadi sepanjang musim sejuk aku akan fokus pada bahu, dan kemudian aku ada Februari dan Mac untuk berlatih fizikal,” katanya lagi.

BACA >>> Lorenzo Tampil Kali Pertama dengan Baju Repsol Honda, Mampukah Gugat Marquez?

Marquez bakal muncul pada acara pengenalan pasukan Repsol Honda musim 2019 di Madrid pada 23 Januari ini bersama rakan sepasukan baharunya, Jorge Lorenzo sebelum terbang ke Malaysia untuk ujian pramusim.

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini Marc Marquez MotoGP Pembedahan Marc Marquez Repsol Honda Tulang Bahu
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.