Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah
Autotainment

Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERJALANAN anak muda dari Cervera, Sepanyol ini demi mengejar impian sebagai pelumba terbaik dalam sejarah Kejuaraan Dunia MotoGP bukan semudah dan seindah dibayangkan.

Marc Marquez, 26, memang terkenal sebagai pelumba berhati kering di litar MotoGP yang bukan saja beberapa kali mengecewakan legenda hidup Valentino Rossi, tetapi juga pelumba-pelumba hebat lain. Namun segala kejayaan, keberanian, kemahiran, dan jiwa yang kental dimilikinya itu tergilap seawal usia empat tahun!

Ini prakata dicoretkan Marquez dalam buku ‘Una Mirada al Mágico 2010’ (A Look At The Magical 2010). 

Apabila aku minta motosikal daripada orang tua, kau tak pernah terfikir satu hari nanti akan jadi juara dunia. Lagipun kau baru 4 tahun! Tapi sekarang aku lihat semua impian itu jadi kenyataan dalam setahun saja, aku hanya mampu berterima kasih kepada mereka yang membantuku, terlalu ramai. Sampai kemenangan bergantung kepada kau, sampai takdir berada dalam tangan kau, selebihnya disokong kerja, usaha dan pengorbanan, serta peluang diberikan. Terima kasih semua ikhlas dari hati.”

Itu cuma secebis kata ketika beliau mengimbau kembali detik meraih gelaran juara dunia pertama 125cc seawal usia 17 tahun yang juga salah satu kemenangan daripada 201 hadiah besar yang dirangkulnya sebelum itu.

Beberapa minggu selepas perlumbaan Grand Prix 125cc di Estoril, Portugal, bapanya, Julia Marquez berkata;

“Ketika saya tengok dia menderita di Estoril, saya putuskan mahu simpan air mata untuk Valencia. Saya mahu ia jadi air mata kegembiraan, dan bukan penderitaan. Dan ia jadi kenyataan!”

BAKAT YANG DILAHIRKAN

Sejak kecil, Marquez sudah mampu membuat beberapa individu hebat yang bekerja dengannya terpesona, daripada Guim Roda dan Àlvar Garriga hingga Santi Hernandez dan Carlos Linan yang terkenal. Itu belum lagi kita bercerita tentang juruteknik dan mekanik yang mengotorkan tangan mereka ketika bersama pelumba itu sejak usianya muda. Marquez bolehlah diibaratkan bakat sukan semula jadi seperti Lionel Messi dalam bola sepak dan Rafael Nadal dalam tenis.

“Apa yang mengagumkan ketika saya jumpa dia ialah kematangannya. Dia budak 12 tahun yang apabila kau bercakap dengannya, dia nampak macam umur 25 tahun,” kata mentornya, Emilio Alzamora, juga bekas juara dunia 125cc, 1999.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

Menurut Alzamora, Marquez ada segalanya yang sangat jelas dan keghairahannya yang besar sudah sedia muncul. Marquez dulu berbadan kecil dan selalu motosikal yang ditunggangnya sangat berat, tetapi dia sudah berlumba hingga had yang menunjukkan bakat luar biasa.

“Dia seperti span sebenar yang akan mendengar dengan teliti sebarang nasihat orang-orang sekelilingnya. Dan dia simpan segalanya dalam cakera kerasnya. Dan fakta penting lain untuk fahami karier Marquez, dia memiliki keluarga yang hebat, merendah diri dan seperti dirinya juga, sanggup menerima semua nasihat,” katanya.

BUDAK INTROVERT YANG PERFECTIONIST

Pemilik pasukan Procurve, Roda, yang kini menjadi ketua krew Kawasaki Racing Team (KRT) ialah jurulatih yang pernah mendidik Marquez bermula usia 9 hingga 11 tahun. Menurutnya, Marquez sekarang memang tidak sama dengan dirinya yang dahulu. Marquez yang dulu adalah misteri, bertubuh kecil, serius, memendam rasa dan senyap.

“Dia budak dengan tekanan, yang bukan datang dari ibu bapanya, tetapi dirinya sendiri!  Aku tak tahu kalau itu sudah berakhir, dan dia hanya faham dengan menang,” kata Roda.

Bekas mekanik Marquez, Garriga masih mengingati betapa  bintang MotoGP itu bukan hanya mahu menang, tetapi juga mahu segalanya sempurna.

“Sudah tentu pada usia 9 tahun, itu gila. Tetapi seperti dikatakan Alzamora, dia memang lelaki gila yang gilakan kesempurnaan.”

“Dia boleh habiskan sehari menangis kalau kalah. Tidak manusia yang boleh pujuk dia. Mustahil. Bagi Marquez, dapat nombor dua seperti jatuh ke neraka.”

“Aku cakap kepada dia, OK, aku terima ini bukan game kau, ini passion kau, sukan kau, tapi dalam sukan kau kena kalah dan menang. Aku cuma nak kau faham. Tapi dia tak pernah dapat terima kekalahan, dia tak faham,” kata Garriga

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

SUMBER: Elperiodico

2019 MotoGP Àlvar Garriga Carlos Linan Emilio Alzamora Grand Prix Guim Roda Honda Repsol Julia Marquez Marc Marquez MotoGP roda2 Santi Hernandez
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.