• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Akui Mungkin Bersara Lebih Awal - “Badan Akan Paksa Aku Berhenti”

Marquez Akui Mungkin Bersara Lebih Awal - “Badan Akan Paksa Aku Berhenti”

January 8, 2026 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JUARA dunia MotoGP tujuh kali, Marc Marquez secara terbuka mengakui karier lumba beliau berkemungkinan berakhir lebih awal daripada jangkaan, bukan kerana faktor mental, tetapi kerana keadaan fizikal yang semakin menuntut harga tinggi.

Pelumba berusia 32 tahun itu berkata tubuh badannya akan menjadi penentu utama bilakah masa untuk menggantung sut lumba, walaupun semangat dan keinginan untuk terus berlumba masih berada pada tahap tertinggi.

Badan Lebih Cepat Menyerah Berbanding Minda

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025

Dalam satu temu bual bersama saluran televisyen Sepanyol, La Sexta, Marquez mengakui antara cabaran paling sukar bagi seorang atlet elit adalah mengetahui masa dan cara yang tepat untuk bersara.

Perkara paling sukar bagi atlet adalah mengetahui bila dan bagaimana untuk bersara, serta berapa lama perlu teruskan.

"Saya sudah tahu saya akan bersara lebih awal kerana badan saya akan menolak lebih kuat berbanding minda. Dari segi mental, saya masih seperti roket."

Kecederaan Masih Jadi Bayangan

Pengakuan itu hadir selepas Marquez melengkapkan antara kisah kebangkitan paling luar biasa dalam sejarah MotoGP, apabila merangkul kejuaraan kelas premier ketujuh musim lalu, lima tahun selepas kecederaan serius lengan pada 2020 yang hampir menamatkan kariernya.

Walaupun terpaksa terlepas empat pusingan terakhir musim 2025 akibat kecederaan bahu, Marquez tetap memasuki musim 2026 sebagai calon utama kejuaraan. Namun, siri kecederaan dialami beliau dalam beberapa tahun kebelakangan ini jelas memberi kesan besar terhadap perancangan jangka panjang.

Tambah Marc,

Kita berada dalam sukan penuh risiko. Dengan semua yang saya pertaruhkan, kecederaan sebenarnya agak 'berlembut' dengan saya hingga fasa akhir ini'

"Setiap tahun saya perlu menilai keadaan tubuh saya, kerana dari segi mental, saya masih mahu terus berlumba."

Kontrak semasa Marquez bersama Ducati juga bakal berakhir penghujung musim 2026, menjelang perubahan besar peraturan MotoGP pada 2027. Walaupun ramai menjangka beliau akan menyambung kontrak, isu persaraan kini semakin menjadi topik perbincangan.

Tidak Mahu Anak Jadi Pelumba

Dalam temu bual sama, Marquez turut menyentuh mengenai kehidupan peribadi dan harapanuntuk menjadi bapa dalam masa terdekat. Namun, secara jujur beliau mengakui tidak mahu anaknya mengikut jejak langkah sebagai pelumba motosikal.

Aku tak mau. Aku fikir pasal depan dan tak boleh elak untuk cakap, 'kasihan budak tu'. Legasi aku akan jadi beban besar."

Marquez berkata, membawa nama keluarga yang besar dalam dunia perlumbaan mungkin beri kelebihan dari segi kewangan, tetapi pada masa sama boleh menjejaskan 'kelaparan' dan dorongan untuk berjaya.

Depan mungkin tak akan kurang apa-apa, tetapi apabila seseorang tidak kurang apa-apa, depan tak ada keinginan yang sama," katanya.

SUMBER: Crash.Net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Juara MotoGP, Kecederaan serius, Marc Marquez, Marc Marquez bakal bersara, MotoGP, Pelumba Ducati, Pelumba MotoGP bersara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my