• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marc dan Álex Márquez Terima Audi RS 6 Avant Performance Edisi Eksklusif!

Marc dan Álex Márquez Terima Audi RS 6 Avant Performance Edisi Eksklusif!

December 10, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JUARA dan naib juara MotoGP musim 2025, Marc Márquez dan Álex Márquez, baru-baru ini menerima jentera baharu mereka iaitu Audi RS 6 Avant performance yang dipersonalisasi khas dalam satu majlis eksklusif di Circuit de Barcelona-Catalunya.

Ini bersempena dengan pencapaian luar biasa adik-beradik itu sepanjang musim 2025 bagi kelas MotoGP yang baru melabuhkan tirainya pada 16 November 2025 di litar Valencia, Sepanyol.

Sentuhan Khas Audi Exclusive

Kedua-dua RS 6 Avant performance itu dikuasakan enjin V8 TFSI biturbo 4.0L yang menghasilkan 630hp, pecutan 0-100 kmj sepantas 3.4 saat, dan kelajuan maksimum 305 kmj.

Audi Exclusive memberikan personalisasi unik untuk meraikan identiti dua beradik itu:

  • Marc menerima unit berwarna Negro Mito
  • Álex pula dalam warna Gris Daytona
  • Penutup cermin sisi ditukar silang antara kedua-duanya sebagai simbol hubungan mereka
  • Rim, brek karbon-seramik dan angkup brek diberikan warna mengikut pasukan masing-masing, merah (Marc) dan biru (Álex)

Kabin Dengan Identiti Pelumba

Bahagian dalaman turut mendapat kemasan khas, termasuk:

  • Lampu ambang pintu dengan tulisan “AUDI SPORT X MM 93” dan “AUDI SPORT X AM 73”
  • Nombor perlumbaan kedua-dua pelumba pada tempat duduk
  • Jahitan kontras berwarna merah dan biru

Aktiviti Litar & Penghargaan Audi

Selepas sesi penyerahan kenderaan, Marc dan Álex menyertai beberapa cabaran pemanduan dan ujian koordinasi di litar sebagai simbol kerjasama erat mereka dalam MotoGP.

Pengarah Audi Sepanyol, Alberto Teichman, berkata personalisasi dari kilang itu mencerminkan komitmen Audi terhadap eksklusiviti dan ketepatan, seiring semangat juang yang ditunjukkan dua pelumba tersebut sepanjang musim 2025.
Audi turut menghadiahkan setiap pelumba potret khas RS 6 Avant performance mereka sebagai memorabilia unik.

SUMBER: Autohebdosport.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2025 MotoGP, Alex Marquez, Audi, Audi RS6 Avant Performance, Marc Marquez, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my