Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mansuh Tol Bukan Mudah, Implikasi Kewangan Perlu Diambil Kira – Menteri
Auto Terkini

Mansuh Tol Bukan Mudah, Implikasi Kewangan Perlu Diambil Kira – Menteri

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi
KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menegaskan cadangan memansuhkan bayaran tol bukan sesuatu yang mudah kerana bakal melibatkan kos kewangan sangat tinggi dan perlu ditanggung sepenuhnya Kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata;

Kalau nak mansuhkan tol, Kerajaan perlu cari dana besar untuk kerja penyelenggaraan lebuh raya. Dana itu pula mungkin lebih bermanfaat jika disalurkan kepada keperluan lain seperti pembangunan infrastruktur di Terengganu, Sarawak dan Sabah,”” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai janji Pembangkang sebelum ini untuk menghapuskan tol jika berjaya membentuk Kerajaan, serta implikasi kewangan terpaksa ditanggung.

Penurunan Kadar Tol Lebih Realistik

Perdana Menteri DS ANwar Ibrahim umum tiada kenaikan tol

Alexander mencadangkan pendekatan lebih realistik adalah menurunkan kadar tol, terutama apabila syarikat konsesi mencapai pulangan pelaburan (ROI).

Kita tak perlu mansuh sepenuhnya. Kalau syarikat konsesi sudah capai ROI, kadar tol boleh diturunkan supaya tidak membebankan pengguna,” katanya.

Pampasan RM568.92 Juta kepada Syarikat Konsesi

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (PN-Pekan), Alexander mendakwa Kerajaan menanggung kos pampasan RM568.92 juta kepada syarikat konsesi akibat keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol untuk 10 lebuh raya tahun ini.

Langkah itu memanfaatkan kira-kira 941,000 pengguna lebuh raya, yang kini dapat menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan.

Jumlah ini purata berdasarkan data terdahulu, tetapi jumlah akhir akan ditentukan selepas pengauditan bersama Kerajaan dan pihak konsesi,” katanya.

Pengguna MEX Jimat RM1,632 Setahun

Peta laluan Lebuhraya MEX

Antara lebuh raya terlibat ialah:

  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Alexander berkata, penangguhan kenaikan kadar tol memberikan impak ketara kepada pengguna.

Beliau memberikan contoh, pengguna kenderaan kelas satu yang berulang-alik melalui Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX dapat berjimat RM6.80 sehari atau RM136 sebulan, bersamaan RM1,632 setahun,

Ini contoh penjimatan yang dinikmati pengguna secara langsung hasil inisiatif Kerajaan,” katanya.

SUMBER: BeritaHarian

Alexander Nanta Linggi Kementerian Kerja Raya (KKR) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Mansuh Tol Menteri Kerja Raya Tangguh Kenaikan Tol
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.