• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

April 3, 2017 By Azhan O 91 Comments

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SAINGAN moped kelas 150cc kini semakin terbuka di pasaran Malaysia dengan debut Benelli RFS 150i, semalam yang dijangka mencabar dominasi kuat dua seteru utama sedia ada, Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR. Persoalannya, mampukah pembeli Malaysia memberi peluang kepada pendatang baru dunia moped tempatan ini?

Walaupun Benelli bukanlah asing dalam arena permotoran antarabangsa, tetapi jika mengambil kira aspek senioriti dan pengalaman dalam dunia moped, pembeli mungkin agak skeptikal dengan RFS 150i. Berdasarkan komen-komen pembaca, dapatlah kami simpulkan betapa isu-isu seperti kesediaan alat ganti, kos senggara dan baik pulih, nilai jual beli dan realibiliti masih menjadi topik hangat yang berlegar di fikiran pembeli apabila bersembang tentang model jenama Itali itu.

BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i

HARGA MENARIK, KOMPETITIF

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

Jadi, sudah tentu pengumuman harga yang lebih murah (RM7,778.28, termasuk GST dan model paling premium) daripada dua pesaing lain adalah keputusan bijak dilakukan Benelli. Sekurang-kurangnya, faktor harga itu mampu menjadi daya penarik yang mendorong pembeli untuk membeli model ini. Malah, status Benelli yang duduk sebumbung bersama SYM di bawah MForceBike Holdings Sdn Bhd mampu memberikan lebih keyakinan kepada pembeli tempatan untuk mencuba sesuatu yang segar, sekali gus merancakkan pasaran motosikal kelas underbone.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya...

PRESTASI SETANDING

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

Asasnya, prestasi Benelli RFS 150i tidak banyak berbeza dengan Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR. Menggunakan layout enjin SOHC yang sama seperti Yamaha Y15ZR dengan putaran enjin (RPM) bagi kuasa kuda dan tork yang juga sama dengan model Yamaha tersebut.

Namun, berbanding Y15ZR yang datang dengan sistem gear 5-kelajuan, Benelli RFS 150i pula menggunakan transmisi klac basah 6-kelajuan yang sama seperti Honda RS150R dengan suntikan bahan api EFI.

Ciri paling ketara ialah penggunaan tiga palam pencucuh yang secara teknikalnya membuatkan pembakaran enjin lebih cekap dengan prestasi optimum. Begitu juga dengan pengenalan teleskopik terbalik, satu-satunya moped yang berani menggunakan sistem suspensi sebegini, biasanya ada pada jentera kelas sport.

Apa lagi keistimewaan Benelli RFS 150i? Kapasiti tangki bahan api moped ini juga lebih besar, iaitu 4.8 liter, lebih 300ml berbanding Honda (4.5L), dan 600ml Yamaha (4.2L). Sekali lagi secara teknikalnya, Benelli RFS 150i mampu pergi lebih jauh berbanding dua pesaing lain.

TEPUK DADA TANYA SELERA

Benelli mungkin perlu berkira-kira untuk menghantar RFS 150i ke litar lumba, sekurang-kurangnya sebagai langkah asas untuk membuka mata peminat motosikal tempatan tentang prestasi sebenar moped ini. Ini termasuk mengukuhkan aspek kritikal yang bakal menentukan survival sesebuah jenama, iaitu alat ganti dan kos senggara.

Pada pendapat kami, dengan pasaran motosikal yang semakin terbuka dan maklumat mudah akses, Benelli sememangnya miliki potensi besar untuk menguasai pasaran moped tempatan jika kena caranya. Jom, saksikan dulu jadual perbandingan spesifikasi antara Benelli RFS 150i, Honda RS150R dan Yamana Y15ZR di bawah. Akhir kata, tepuk dada, tanya selera! 😀

Related

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli RFS150i, Honda, Honda RS150R, Moped, motosikal, roda2, spesifikasi, Yamaha, Yamaha Y15ZR

Comments

  1. Saga3 says

    April 4, 2017 at 12:57 AM

    Benelli RFS 150i..

    Reply
  2. su says

    April 4, 2017 at 1:17 AM

    design overall lawa, tp sticker macam bagi budak2 main tampal2, kalau painting bagi lawa macam y15zr, pehh

    Reply
  3. Jamidi Boi says

    April 4, 2017 at 7:58 AM

    Motosikal serba baru bagi peminat maped di Malaysia terutama di Sibu Sarawak. Rasanya saya pun nak cuba model ini.

    Reply
  4. ismail says

    April 4, 2017 at 8:09 AM

    RFS150i ni pakai 2T tak

    Reply
    • Dean75 says

      April 7, 2017 at 9:37 AM

      4 stroke pakai 2T ke bang?

      Reply
      • ejan says

        August 4, 2017 at 7:02 PM

        Hahahahaha

        Reply
      • Nemo says

        March 7, 2018 at 1:16 PM

        2T tu mende pulak?

        Reply
      • azizi says

        October 21, 2018 at 6:14 AM

        minyak masak bubuh dalam tangki 2 tutup cukup rasenya hehehehehehe

        Reply
    • asroy says

      March 22, 2018 at 11:17 PM

      4 lejang...ngokkk..terajang ko tau la...

      Reply
      • Hzryl says

        November 11, 2019 at 9:08 AM

        Hahahaha

        Reply
  5. ismail says

    April 4, 2017 at 8:14 AM

    one more.....kalau nak start engin hanya pakai starter je ke...yg guna kaki tak ada ke

    Reply
    • ABG GYL says

      April 4, 2017 at 2:37 PM

      Untuk Benelli hanya starter saja

      Reply
      • danial says

        June 17, 2017 at 5:51 PM

        benelli ad la kick starter

        Reply
        • Anonymous says

          November 25, 2017 at 8:24 PM

          Celah mna ada? Jiran aku ada sebijik

          Reply
    • Benitolli says

      April 4, 2017 at 3:58 PM

      Mmm mcm Honda RS150.

      Reply
  6. suhaimi says

    April 4, 2017 at 9:09 AM

    semalam aku baca kat sumber yg lain benelli ni 15.5hp....kat jadual atas tu 15.2hp

    Reply
    • ABG GYL says

      April 4, 2017 at 2:36 PM

      ada kesilapan percetakan pada press release diberikan

      Reply
  7. yzf-R25 says

    April 5, 2017 at 11:10 PM

    y15zr the best, kuasa tinggi, laju, tahan

    Reply
    • lol says

      April 7, 2017 at 12:45 AM

      nampak benor nipu.....

      Reply
    • darkwertyu says

      April 18, 2017 at 4:39 PM

      y15 mng tang design cun...honda still pegang performance lg tuh....enjin DOHC beb

      Reply
    • nzm says

      September 26, 2017 at 9:04 PM

      rfs 150i pun boleh setanding dgn y15z , kita buat dia .

      Reply
    • Comot says

      November 4, 2017 at 2:21 AM

      yamahal...mahal je lebih..laju dak pon...modi sini sana..pastu ckp standard ..

      Reply
  8. Jpwaran says

    April 6, 2017 at 4:39 PM

    Fork Depan inverted ni jenama apa? supplier mana?

    Reply
  9. Wak says

    April 8, 2017 at 11:22 PM

    USD fork ni kalau seal dia tak baik mudah bocor.
    3 spark plug ni rare.
    Multistrada dgn sv-650 pun 2 spark plug.
    Bole jd piston pecah kalau api besar.

    Reply
    • nzm says

      September 26, 2017 at 9:05 PM

      hek anda , dia dah kaji awal awal laa aih

      Reply
    • rozi cokeng says

      December 9, 2017 at 11:05 AM

      abah awak, 3spark plug tu bukan nye ketiga-tiga plug tu keluarkan spark serentak, tpi gilir-gilir lah untuk pembakaran sempurna. cek youtube bob yp

      Reply
    • asroy says

      March 22, 2018 at 11:21 PM

      bongok...kalau terbakor baik xyah masuk Malaysia....ko ingat dorang ni cap ayam ke buat jentera ni..ko sekolah pon ponteng

      Reply
      • haziq says

        July 20, 2018 at 8:56 PM

        hahahahah siot ah bro. aku terhibur

        Reply
        • keyrel says

          November 24, 2018 at 12:46 PM

          hahaha.. tgok komen² lawak dlm ni terus rasa teringin plak nak angkat benelli ni

          Reply
          • wan says

            June 26, 2019 at 12:42 PM

            memang lawak...klakar betul...tpi tak bahasa tak kesat...terbaik melayu muslim

  10. Amir says

    April 10, 2017 at 1:02 AM

    So sebenarnya tiga tiga ni overall mana yg terbaik?

    Reply
  11. Musang6969 says

    April 10, 2017 at 4:00 PM

    DESIGN all nice...but benelli has USD fork
    Reliability honda & yamaha
    Value after sale honda & yamaha
    Price benelli win
    Aftersale & service honda & yamaha
    Engine dohc honda better
    6 speed benelli & honda
    1.Honda
    2.Yamaha
    3.Benelli

    Reply
    • Putera Perdana says

      April 24, 2017 at 5:53 PM

      Terbaik... Honda winners

      Reply
    • Ajib says

      December 14, 2017 at 10:27 PM

      Maaf bertanya dr segi performance n jimat minyak mn yg ok ye??? Nk guna utk long distance
      Spare part mn yg lbh murah.???

      Reply
      • Jeemboo says

        May 29, 2018 at 11:09 AM

        Nk jimat minyak pakai FZ150i la bang hahaha

        Reply
      • Ninja Pantera says

        January 9, 2020 at 8:32 AM

        RFS150i paling jimat guna 3 spark plug utk pembakaran sempurna..

        Reply
  12. Calvin says

    May 1, 2017 at 10:25 PM

    Jenama mana spart part lebih murah?

    Reply
  13. Dam says

    July 16, 2017 at 8:15 AM

    Benelli ni ada cooling system kah mcm rs dan yz?

    Reply
    • Ninpow says

      September 1, 2017 at 11:15 PM

      Cuba tgok betul2....benelli ada radiator water coolant

      Reply
  14. Rs 150 says

    August 2, 2017 at 12:57 PM

    Honda laaaa...kemas

    Reply
  15. yafiq says

    August 29, 2017 at 11:14 PM

    Wei, Y15 yg body baru tu ade kick starter tak??

    Reply
  16. Ninpow says

    September 1, 2017 at 2:35 PM

    Benelli nih pioneer...xsalah kalau nak mencuba...kita beri peluang pd pendatang baru nih....asyik2 honda n yamaha jaaa...dah bosan,so carilah kelainan skit....lg pun dari segi teknologi benelli nih dah kedepan jika nak bandingkan dgn honda n yamaha menerusi triple spark sistem dia...sy dah study cmna cara kerja triple spark sistem nih...kepada yg berfikiran triple spark nih berpotensi besar utk buatkan piston berlubang atau pecah itu salah sama sekali,itu kalau api terlalu besar atau terlalu kuat..tp triple spark nih bukan api besar atau terlalu kuat....dia spark api sebanyak 3 kali mengikut giliran bukannnya 3 kali serentak,so kena paham yg ini....3 kali bergilir gilir utk mempastikan tiada lebihan bahan bakar yg tidak terbakar...cmfirm terbakar abis,so pembakaran sgt2 cekap n penggunaan fuel akan jd lebih save...kalau 1 spark saja,isunya pd kelajuan tinggi tambah2 lg dgn petrol ron95 yg mmg lambat terbakar akan buatkan ada sedikit fuel yg xsempat terbakar kemudian ditendang keluar melalui valve exzos...so fuel ini seterusnya akan terbakar di bahagian exzos...so ini yg kdg2 tuh kita akan mengalami simptom2 exzos meletup2 waktu kelajuan full throttle n kita drop throttle mengejut...dgn triple spark ini cmfirm xkan berlaku simptom ini...so tiada pembaziran bahan bakar....begitu jgak dgn twin spark....tetapi triple spark paling effisien...so respon throttle pun semestinya akan dirasai cukup ringan...performance pun pasti akan rs sgt2 berbeza dgn sistem triple spark nih...so benelli winsss!!!

    Reply
    • Syam says

      December 11, 2017 at 1:05 AM

      Salesman benelli ka ni? saya dh bawak RFS ni..abang saya beli....performance x ke mana pon...buat rugi spark plug ja pakai byk2...torque out terus...gear 5,6 x ada power langsung...servis kena 3k km...gila...double cost dari Honda RS150...seb bek meter dia best...ada trip A B....temperature...

      Reply
    • budak penang says

      March 4, 2018 at 6:26 AM

      benelli 150 kenapa nak free gear susah sikit...apa problemnya...

      Reply
      • Mus says

        August 27, 2019 at 3:48 AM

        Betul,betul betul...... Saya dah Dua bulan beli Benelli Ni... Gier 5,6 memang Tak Ada power langsung. Amat megecewakan ....harap pehak benalli dapat megatasi masaallah Ni...

        Reply
        • ALJ 5543 says

          November 19, 2019 at 1:25 AM

          bro bila rpm dah cecah 8 - 9 baru change gear itu baru bro taw cara superbike yg sebenar

          Reply
      • ALJ 5543 says

        November 19, 2019 at 1:29 AM

        ejas clutch cabel sikit itu shj problem dia

        Reply
    • asroy says

      March 22, 2018 at 11:26 PM

      aku suke ko komen..kita sebagai pengguna kene ada keyakinan...nak motor murah!! pas tu demand mcm2..baik buat 150 sendri..syabas braderr...terbaik...benelli mmg kehadapan....bosan aku pakai YAMAHA..Asyik rantai kendur xhabiss....

      Reply
      • badai says

        September 16, 2018 at 11:13 AM

        aku pkai fx125 jer...bess..yusukiiiiiiiiii

        Reply
  17. Ozil says

    September 8, 2017 at 11:05 AM

    TAYA BELAKANG NAMPAK MCM TERLALU SLIM...TAK NAMPAK "BULKY" - RIM BELAKANG COMPATIBLE TAK KALAU NAK MASUK TAYAR SAIZ 120/70 ..SAMA SEPERTI RS150R or YZ15?

    Reply
    • Puteri says

      June 29, 2018 at 10:31 PM

      Tayar rfs lagi trbaik..sbb tayar dia bulat..blh kona baring...xrisiko sgt klau nk kona baring tuu..sbb apa..p kaji la dkt utube bnyk

      Reply
      • Senshuken Sphynx says

        November 3, 2019 at 6:41 PM

        Patut la aku slalu jatoh time amik lap.....rupanya tayar yg aku pakai ni segi tiga....lpasni nk buboh tayar empat segi pulop....sepanjebob sekuweypen

        Reply
  18. Latiff says

    September 10, 2017 at 5:14 PM

    Sy baru saja ambil benelli.

    Reply
    • ok x says

      September 21, 2017 at 1:47 PM

      Best x?

      Reply
      • budak penang says

        March 4, 2018 at 6:23 AM

        benelli rfs 150 ok cuma nak tanya kenapa masa nak free gear agak susah..ketat...

        Reply
        • asroy says

          March 22, 2018 at 11:28 PM

          sebab die dareee bro...biasala...barang baru..ketat....ahhh

          Reply
        • ALJ 5543 says

          November 19, 2019 at 1:22 AM

          clutch cabel dia kena adjust sikit itu shj

          Reply
  19. andy says

    October 2, 2017 at 1:53 PM

    Rasanya y15zr sesuai untuk mat rempit budak baru nak up, yang pakai untuk modified racing pastu dah kawin jual balik ,

    Honda Rs150r sesuai unutk peringkat pertengahan yang dah kawin pakai motor hari pegi balik kerje taruk box blakang

    Beneli RFS 150i Sama seperti Honda Rs150r beza die cume mungkin spare parts susah nak cari atau mungkin mahal buat seketika nanti dah ramai permintaan baru lah okay harga die , cara strategi marketing bagi kualaiti yg sama macam honda tapi harge jauh lebih murah jadi permintaan spare parts akan jadi banyak dan boleh keluar model2 baru

    Reply
    • Syam says

      December 11, 2017 at 12:59 AM

      Belang x ada water coolant... 🙂

      Reply
  20. abe zaini says

    October 4, 2017 at 3:54 PM

    Pada saya better pakai honda rs150r, sebab banyak kelebihan..
    ada kick starter dan elektrik stater,
    enjin dohc twin cam,
    6 kelajuan atau speed,
    sekiranya samapai masa starter elektrik x berfungsi atau bateri dah kong, kick stater masih boleh digunakan..
    terbaek...........

    Reply
    • smr says

      November 27, 2017 at 12:15 PM

      Kalu belang macam mane bro? DOHC gak kan..huhu

      Reply
      • unknown says

        March 29, 2018 at 1:00 AM

        belang boleh pegi mampuss

        Reply
        • Ari karu says

          May 7, 2018 at 12:59 AM

          motor belang ni senang nak wiillie tak?

          Reply
    • Oyah says

      June 17, 2018 at 11:13 AM

      Kau silap nie..moto nie injection..kalau batery kong..guna la kick starter mcm mana skalipun mmg tk kn hidup..sbb fuel pump tk jalan

      Reply
  21. Tomok Motor says

    January 12, 2018 at 10:10 PM

    bagi saya sistem maintenance dan part murah boleh pakai y15
    sebab sistem sochnya..dan jenama paling top dlm malaysia

    dari segi performance boleh pakai rs sistem doch terbukti berkuasa
    mungkin sedikit maintence lebih mahal

    untuk kelainan dan mencuba sesuatu lebih baru serta menarik boleh pakai rfs
    tetapi perlu difikirkan manintenance jika tak ramai peminat partnya mungkin sukar didadapi atau mahal..

    Reply
  22. Eddy says

    January 24, 2018 at 7:38 AM

    Menjadi tanda tanya motor jenama yang baru menapak kat malaysia seperti benelli ni spare part mudah cari ke kat kedai2 nanti jadi macam suzuki belang walaupun dah lama menapak kat malaysia tetap susah nak cari spare part dan mahal.....

    Reply
  23. budak penang says

    March 4, 2018 at 6:31 AM

    kenapa benelli susah nak free gear...

    Reply
    • raja jalan says

      April 29, 2018 at 12:46 PM

      moto dara. Ketat lerr. tapi memang betoi. Kawan gua pakai dah 6 bulan. dok ketat jer. honda peeeh. lembut sioooll. terbaiiikk.

      Reply
  24. Tuan penasehat 20% says

    March 17, 2018 at 3:42 PM

    Kalau x nak rugi atau menyesal baek lupakan saje motor buatan [email protected] hati dengan aftersale service...claim warranty takde spart part..menumpang kat pusat servis Sym...fikir fikir lah yob...!!

    Reply
  25. arif says

    March 22, 2018 at 9:11 AM

    Kenapa mforce bawa masuk benelli ? bukankah lebih baik fokus terus pada SYM Super Moped 175i. Sudah bina jenama SYM orang nak beli SYM 175 tak mau jual pulak.

    Reply
  26. Daun keladi says

    April 28, 2018 at 6:10 PM

    Sebagai pengguna benelli..tak payah laaa guna benelli..center hanya ada di mforce segambut..mforce penang ngan mforce jb..so nak order kene tggu barang 3 tempat ni..bukan condemn..tp worse come worse..if breakdown moto..runner moto xdapat tolong..bengkel xdapat tolong..sbb ape?spare part moto ni xdak bang..kene order..sebulan bru sampai..nak tau best ke tak customer service die..cuba call center mforce .tgok brapa lama n brapa kali call baru dorg nak angkat telefon..

    Reply
    • Anonymous Bikers says

      January 9, 2020 at 8:54 AM

      Benda baru masuk pasaran Malaysia memang la masih kurang bengkel yg boleh buat RFS150i ni, sekarang tengok atas highway ada je yg pakai moto ni, bengkel service Benelli pun sekarang dh mula byk. Spare part klu bengkel x ada part boleh beli online sekarang.. spare part RFS boleh je kacuk part moto lain.

      Reply
  27. Samad ali says

    April 28, 2018 at 6:14 PM

    Mforce ni dia tapaw brand sym..kymco..ktn..ktns..benelli..keeway..so brader pikir..sbbkan sebijik benelli 150 problem..xkan die nak pening wat cepat2..banyak lagi brand n cc besar die nak jaga..da la center limited nak mampos..menyesal beli benelli..tq

    Reply
  28. DinBeramboi says

    September 27, 2018 at 4:44 PM

    Beli motor honda sbb Doch, pakai coverset yamaha sbb lawa, guna fork depan benelli....hehehe..

    Reply
  29. DinBeramboi says

    September 27, 2018 at 4:44 PM

    Beli motor honda sbb Doch, pakai coverset yamaha sbb lawa, guna fork depan benelli....hehehe..

    Reply
  30. Mat Desa says

    October 10, 2018 at 9:59 PM

    Moto apa pun sama ja.. Kalau kau merempit tetap jahanam barai juga. Kalau sopan santun budi bahasa..tetap tahan lama juga. Bukan salah jentera, tapi salah pemilik jentera. Serupa macam kau, bukan salah ibu mengandung. Tidak pulak aku nampak benelli penuh tersadai di kedai pomen.
    Andai teringin nk sambar benelli, teruskan. Yg bayar anda, yg nak menunggan pun anda..apa ada hal.

    Reply
  31. Abd wahid Ibrahim says

    December 24, 2018 at 7:40 AM

    Baca Komen nie semua Lawak membuat kan aku ni Bungkus 2 ikat tepi lah.. Benilli nih.. Haha

    Reply
  32. Usin Kangkong says

    January 24, 2019 at 11:29 AM

    Terbaik lah baca komen di laman web ini, agak terhibur dan banyak maklumat berguna juga, selamat maju jaya hebat!

    Reply
  33. Mat Bunga says

    January 26, 2019 at 12:13 PM

    Habess motor mana yang bagus nie??..

    Reply
  34. mie323 says

    March 12, 2019 at 10:51 AM

    clutch pendek tu bro tu psal susah nk free gear..tarik la bg pnjang ckit bru senang..klo dpt clutch lever adjustable mcm model SE dgn LE tu lg cun...mr. ben nie dia pnya shift gear mcm GS1200...nk shift x tarik clutch pn boleh x nyentap mcm y suku tu...

    Reply
  35. Baru nak up says

    June 25, 2019 at 1:38 AM

    So bg aq yg baru nak up nh apa patut aq ambil??sape ada cadangan??nak yg berpatutan harga servis,harga beli...yg penting jimat lah sbb nak amik skli seumur hidup nh klu boleh..

    Reply
  36. Mathivelan says

    July 4, 2019 at 11:42 PM

    I nak beli motor 150cc untuk guna jalan jauh setiap hari. Motor manakah sesuai?

    Reply
  37. NoBodyReadThese says

    July 11, 2019 at 6:27 AM

    Kenape ade org ckp info pasal Benelli RFS 150i tu ade salah? Tang ayar & berat! I

    https://malaysia.benelli.com/product/rfs-150i

    Reply
  38. Mus says

    August 27, 2019 at 3:48 AM

    Betul,betul betul...... Saya dah Dua bulan beli Benelli Ni... Gier 5,6 memang Tak Ada power langsung. Amat megecewakan ....harap pehak benalli dapat megatasi masaallah Ni...

    Reply
  39. reezal says

    January 21, 2020 at 1:11 PM

    so moto mano yg paling bagus jang oii,,den ari2 ulang alik somban - PD..pakar2 moto dlm ni mntk bagi pendapat

    Reply
    • Mamat81 says

      February 13, 2020 at 2:48 PM

      FZ150i LAH.. terbaik.. hari2 ulang alir jarak hampir 200 kilometer sehari.. tiada masalah.. janji service cantik

      Reply
  40. Kenneddy says

    April 25, 2020 at 6:49 PM

    Aku dah pakai benelli nak dekat dua bulan alhamdulilah masih ok dan design limited edition dia memang lawa beb cuma tak cuku bajet nak beli limited edition.sebab akhir tahun lepas dah guna duit nak keluarkan honda rs warna hitam v1.tapi dari segi performance memang tak jauh dengan rs.spare part sekarang bersepah dekat shoopee dengan facebook cuma kena rajin google je.benelli ni pon dah masuk vietnam,indonesia,dan thailand.dlm beberapa bulan lagi memang tak perlu risau dengan spare part dia.honda ra dengan ysuku dulu pon member aku siap nak jual lagi motor dia sebab takder spare part.memanglah susah nak cari dahlah model baru lepas tu ko condemn takder spare part.haprak betul.btw saya memang puas hati dengan performance benelli rfs dan honda rs.dua dua memang tiptop

    Reply
  41. Areguy says

    May 14, 2020 at 6:36 PM

    Sila bantu beri pendapat...saya nak beli motor..mana satu yg lagi bagus terbaik nak beli..pusing kpla skg pikir ni...otai2 bantu please..

    Reply
  42. Wini says

    July 5, 2020 at 5:13 PM

    I never finds a worst bike as Benelli RFS 150i. I just bought the bike around dec or Jan 2020 and i almost take out Rm1000++ for this bike. Every month it giving some sort of issue. Sadly there is no well train technician in malaysia for 180 CC . When we expect service center to do their best, sadly i think there is also no experience technician. July 3rd 2020 i bring the bike for repairing just because the engine light blinks but on Saturday morning itself it start blinks again. On Friday the technician took almost 6hours to repair the bike but the outcome is nothing. Better not buy Benelli. The worst brand i had seen . I used yamaha and honda before and it is hardly having issue. I'm not gonna recommend Benelli since the bike giving soo much of problem

    Reply
  43. Shaiful82 says

    August 24, 2020 at 1:26 PM

    Hurmmm esk baru nak beli cik ben ni tp tgk komen mcm risau pulak bab spare part

    Reply
  44. Jai says

    September 24, 2021 at 6:14 PM

    RS bersepah..
    Y15 motor popular..

    BENELLI RFS150I RARE..

    Masa yang sesuai untuk mencuba kelainan. Spare part bukan masalah lagi untuk benelli.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev