• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023

Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023

October 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSPAKOM mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

Mahmood dipilih menggantikan Shukor Ismail yang bersara pada 30 September lalu selepas meneraju syarikat tersebut selama 11 tahun.

Sebelum ini, Mahmood ialah Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan di DRB-HICOM Berhad dan juga Ahli Lembaga Pengarah Puspakom. Beliau memiliki pengalaman luas dalam pelbagai industri seperti minyak dan gas, barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dan pembangunan pengangkutan awam.

Beliau juga pernah menggalas jawatan pengurusan atasan di Sime Darby Plantation Berhad dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.

Mahmood turut pernah berkhidmat dalam industri media penyiaran seperti NTV7, Bloomberg TV Malaysia, Astro News dan Astro Awani.

Pengerusi Puspakom, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan keyakinan terhadap Mahmood untuk mengetuai syarikat berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mahmood Razak Bahaman, PUSPAKOM, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev