Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mahindra XUV300 W6 Diesel (AMT) Lancar di India
Roda4

Mahindra XUV300 W6 Diesel (AMT) Lancar di India

Han OthmanBy Han Othman24/09/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAHINDRA memperkenalkan ciri transmisi manual automatik (AMT) untuk model XUV300 varian W6 Diesel pada harga Rs9.99 lakh (RM58,690), sebagai pelengkap kepada varian manual sedia ada.

XUV300 W6 Diesel (AMT) dijana enjin diesel 4-silinder 1.5L Turbo Diesel berkuasa 115hp @ 3,750rpm dan tork 300Nm @ 1,500-2,500rpm bersama transmisi AMT 6-kelajuan yang menawarkan dua mod pemanduan, Automatik dan Manual. Juga didatangkan dengan mod daki dan turun bukit.

BACA >>> Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu – Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

Sistem brek menggunakan brek cakera depan dan belakang serta dipadukan Sistem Brek Anti-Kunci dengan Agihan brek Elektronik (EBD) dan Program Stabiliti Elektronik (ESP). Bahagian roda pula menggunakan set rim aloi dengan tayar 205/65 R16 di depan dan belakang.

Kapasiti tangki ialah 42 liter, dengan kadar penjimatan bahan api 20km per liter.

Bahagian suspensi XUV300 W6 Diesel (AMT) disokong strut MacPherson dengan bar anti-rol di depan dan suspensi rasuk pintal (twist beam) dengan spring. Ciri keselamatan terdiri daripada beg udara (standard semua varian), imobiliser, Kawalan Traksi (TCS), kunci keselamatan kanak-kanak,  dan Bantuan Mula Daki (HSA), dan ISOFIX.

Pilihan AMT turut ada pada varian W8 diesel dan W8 (O) diesel.

GALERI
India Kenderaan Utitili Sukan (SUV) Mahindra Mahindra XUV300 W6 Diesel (AMT) SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.