Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Macam ‘Pro’ Tapi Tak Menjadi, Tauke Kedai Emas Kejar Perompak Sampai Kereta Terbalik
Auto Terkini

Macam ‘Pro’ Tapi Tak Menjadi, Tauke Kedai Emas Kejar Perompak Sampai Kereta Terbalik

WahidBy Wahid19/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS tular berita pesawat AirAsia ‘ditumpang’ ular, terbaharu muncul berita kes rompakan seperti dalam filem Hollywood, dilaporkan berlaku di Lukut, Negeri Sembilan, pada jam 10.15 pagi, 16 Februari lalu.

Dalam insiden rompakan itu, sekumpulan perompak menghalang kenderaan seorang pemilik kedai emas ketika dia berhenti mengisi minyak. Berdasarkan video tular, Toyota Camry dipandu mangsa dihalang sebuah Perodua Myvi putih di belakang, dan Honda CR-V hitam di depan.

BACA >>> Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?
BACA >>> MELAMPAU! Rider Warga Emas Kena Samun Ketika Pitam

Kemudian, keluar lima lelaki memakai topeng muka dan bersenjatakan parang menyerang kenderaan mangsa dengan memecahkan tingkap keretanya untuk membawa lari tiga beg berisi barang kemas, telefon bimbit, wang tunai dan dokumen mangsa.

Namun, mangsa tidak mengalah begitu saja, sebaliknya bertindak mengejar kereta perompak tersebut hingga pemandu CR-V hilang kawalan dan terbalik. Apabila mangsa pergi ke CR-V terbabas itu, semua suspek sudah melarikan diri dengan Myvi dinaiki sekumpulan perompak lain.

PDRM ketika memeriksa CR-V itu menjumpai dua beg barang kemas, termasuk dua bilah parang dan satu walkie-talkie milik suspek. Semakan polis ke atas nombor pendaftaran CR-V itu pula mendapati kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dilaporkan hilang dalam insiden samun di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 25 November lalu.

Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan polis meminta orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline IPD Port Dickson 06-6462999.

BACA >>> Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!

Auto Terkini Honda CR-V jenayah Perodua Myvi samun Samun Parang Samun Tauke Kedai Emas Toyota Camry
Wahid

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.