Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: Jualan Kenderaan Malaysia Sepanjang Penggal Pertama 2024 Meningkat 6.6 Peratus!
Auto Terkini

MAA: Jualan Kenderaan Malaysia Sepanjang Penggal Pertama 2024 Meningkat 6.6 Peratus!

Han OthmanBy Han Othman16/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DATA jualan kenderaan dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) hari ini mendedahkan  momentum peningkatan sepanjang enam bulan pertama 2024 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) berdaftar setakat Jun tahu ini mencatatkan angka 390,296 unit berbanding 366,176 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Tambahan 24,120 unit itu mencatatkan peningkatan 6.6 peratus yang menunjukkan pertambahan besar dalam segmen kenderaan penumpang.

Berdasarkan statistik di atas, angka jualan kenderaan penumpang mencatatkan pertumbuhan 30,162 unit daripada tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak 9.2 peratus.

Bagaimanapun, jualan kenderaan komersial merosot 6,042 unit, atau 15.3 peratus berbanding tahun lalu, dipercayai terkesan akibat dasar penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan Kerajaan.

Melihat statistik di atas, kecuali Mac dan Jun 2024, angka jualan bulan lain menunjukkan trend peningkatan bulan-ke-bulan berbanding tahun terdahulu. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan TIV penggal pertama tahun ini adalah:

  • Daya tahan ekonomi domestik berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.2 peratus  pada suku pertama 2024.
  • Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3 peratus sejak Mei 2023 memberikan persekitaran ekonomi menggalakkan.
  • Kestabilan sosio politik.
  • Kestabilan pasaran pekerjaan.
  • Banyak tempahan tertangguh terutama pasaran segmen-A.
  • Kejayaan pelancaran model baharu dengan kehadiran model baharu dengan ciri menarik dan mampu milik yang diterima pasaran.
  • Peningkatan jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) atau elektrik penuh menerusi pengenalan banyak model baharu sepanjang penggal pertama 2024.

Bagaimanapun, MAA tidak mendedahkan punca kemerosotan TIV kenderaan komersial sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Namun pemerhati berpendapat ia berpunca daripada dasar penyasaran subsidi untuk bahan api diesel walaupun Mekanisme Harga Automatik (APM) hanya diumumkan pada 9 Jun lalu.

Auto Terkini Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Roda4 TIV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.