Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: Jualan Kenderaan Komersial 2025 Susut 11.4 Peratus, Semua Subsegmen Turun
Auto Terkini

MAA: Jualan Kenderaan Komersial 2025 Susut 11.4 Peratus, Semua Subsegmen Turun

SyafieBy Syafie21/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kenderaan komersil di Malaysia

SEGMEN kenderaan komersial Malaysia terus berdepan tekanan sepanjang 2025 apabila jumlah jualan mencatat penyusutan 11.4 peratus kepada 61,654 unit, berbanding 69,567 unit yang direkodkan tahun lalu (2024).

Berdasarkan data dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), semua subsegmen kenderaan komersial mencatat penurunan jualan, mencerminkan cabaran berterusan yang dihadapi sektor perniagaan dan logistik.

Trak Pikap Kekal Dominan, Tetapi Jualan Turun

Segmen kenderaan trak pikap kekal sebagai penyumbang terbesar dalam kategori kenderaan komersial, tetapi jualan segmen itu menurun 16.3 peratus kepada 45,448 unit pada 2025, berbanding 49,003 unit (2024).

Penurunan itu memberi kesan besar kepada keseluruhan prestasi segmen kenderaan komersial, kerana trak pikap ialah tulang belakang jualan dalam kategori tersebut.

Jualan Lori, Van Panel Turut Terjejas

Segmen lori mencatat penyusutan 7.3 peratus kepada 11,598 unit, berbanding 14,213 unit (2024), manakala van panel merekodkan penurunan 15.6 peratus kepada 3,331 unit, berbanding 3,948 unit (2024).

Kedua-dua segmen itu lazimnya berkait rapat dengan aktiviti logistik dan perniagaan, sekali gus mencerminkan pendekatan lebih berhati-hati seksotr korporat dalam perbelanjaan modal.

Prime Mover, Bas Ketara Merosot

Antara subsegmen paling terkesan ialah prime mover (kepala lori), dengan jualan menjunam 46.9 peratus kepada 1,104 unit, berbanding 2,081 unit pada 2024.

Segmen bas turut merekodkan penurunan hampir sama besar dengan jualan susut 46.3 peratus kepada 173 unit, berbanding 322 unit (2024).

Kos Bahan Api, Operasi Punca Utama

Prestasi kenderaan komersial pada 2025 menunjukkan penyusutan menyeluruh merentasi semua subsegmen, sekali gus menandakan cabaran kos operasi, sentimen perniagaan yang lebih berhati-hati dan penyesuaian pasaran selepas perubahan dasar berhubung bahan api dan operasi.

Trend itu turut menjelaskan punca sumbangan kenderaan komersial dalam keseluruhan pasaran automotif Malaysia semakin mengecil berbanding kenderaan penumpang.

Auto Terkini Jualan Kenderaan Komersial 2025 Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) Kenderaan Komersial Malaysian Automotive Association (MAA) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) TIV 2025 Trak pikap
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.