Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lynk & Co 02 di Pasaran Dunia Selepas 2019 – Crossover Premium Buat Si Muda Bergaya
Roda4

Lynk & Co 02 di Pasaran Dunia Selepas 2019 – Crossover Premium Buat Si Muda Bergaya

Han OthmanBy Han Othman18/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


LYNK & Co mengesahkan akan mendedahkan crossover 02 dalam masa terdekat sebagai model pengeluaran ketiga.  Pada asalnya, pengeluar automotif dari China itu dikatakan bakal menggunakan nama 02 pada model sedan premium. Bagaimanapun, ketika Pameran Auto Shanghai, Lynk & Co didapati menggunakan nama 03 bagi model tersebut.

ALAIN VISSER

Ini bermakna, 02 bebas digunakan sebagai nama bagi slot antara kenderaan utiliti sukan (SUV) 01 dan sedan 03. Memetik kenyataan diberikan kepada Auto Express, Naib Presiden Lynk & Co, Alain Visser berkata;

Antara SUV 01 dan sedan 03 akan ada kenderaan jenis crossover yang kami akan dedahkan nanti. Ia SUV tetapi mungkin sedikit rendah. Anda akan saksikan kebanyakan kereta kami secara relatif bersaiz kecil.”

Menurut Visser lagi, SUV 01 akan menjadi kenderaan pertama daripada tiga model Lynk & Co yang menyerang pasaran dan dijual di China bermula lewat tahun ini sebelum tiba di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan 2019.

BACA >>> Jenama Baru Geely – Lynk & Co Keluar Model Pertama Tahun Ini, Sasarkan Profesional Muda

ORANG MUDA JADI SASARAN

Beberapa tahun kemudian, crossover 02 akan menyertai barisan model lain bagi memeriahkan pasaran SUV/crossover sedia ada, manakala sedan 03 akan menjadi model terakhir dilancarkan.

Visser turut mendedahkan bahawa anak syarikat kepada gergasi automotif China, Geely  itu sememangnya meletakkan golongan muda sebagai sasaran pembeli.

“Lynk & Co ialah kereta yang sangat sporty, kami juga mahu rasa sangat muda dari segi rekabentuk; mudah tanpa perlu jadi menjolok mata, tetapi dengan gaya memandu tangkas, sporty dan stail Eropah,” katanya lagi.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Crossover Geely Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lynk & Co Lynk & Co 02 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 2 Comments
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.