Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Jaket Menunggang LS2 X-Terrain Jacket Rasmi Lancar, Harga RM599
Aksesori

Jaket Menunggang LS2 X-Terrain Jacket Rasmi Lancar, Harga RM599

SyafieBy Syafie10/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LS2 X-Terrain Jacket

JENAMA kelengkapan penunggang global, LS2 memperkenalkan jaket perlindungan CE motosikal, LS2 X-Terrain, yang direka khas untuk tunggangan cuaca panas dengan fokus kepada pengudaraan maksimum, keselamatan menyeluruh dan keselesaan harian.

Jaket itu sesuai dipakai di dalam atau luar, sebagai pilihan fleksibel untuk penunggang komuter, touring ringan dan jalanan (street rider) yang mahukan perlindungan tanpa rasa panas melampau.

Perlindungan Bernafas untuk Cuaca Panas

Logo LS2

LS2 X-Terrain dibangunkan sebagai jaket musim panas, dengan struktur fabrik dan panel perlindungan yang memastikan aliran udara berterusan ketika menunggang dalam trafik bandar atau perjalanan jarak sederhana.

Antara bahan utama digunakan:

  • Fabrik nilon regang: Fleksibel dan selesa
  • Fabrik Armor DURVEX: Fabrik tahan lasak untuk zon perlindungan
  • Mesh regang diperkuat: Pengudaraan lebih efektif
  • Busa memori ACF: Perlindungan dengan kesan serap hentakan

Perlindungan Busa Memory ACF Menyeluruh

Salah satu ciri utama jaket LS2 X-Terrain adalah penggunaan busa memori (memory foam) ACF foam pada bahagian kritikal seperti:

  • Dada
  • Rusuk
  • Belakang badan

Material itu bukan saja membantu menyerap hentakan, tetapi memberikan elemen estetika moden tanpa menjejaskan keselesaan penunggang.

Ciri Praktikal untuk Tunggangan Harian

Jaket LS2 X-Terrain turut dilengkapi pelbagai ciri praktikal relevan untuk kegunaan harian:

  • Pinggang boleh laras: Rekabentuk lebar untuk keselesaan tambahan
  • Poket depan berzip tersembunyi: Sesuai menyimpan barang kecil bersaiz kad
  • Gelung jeans (jeans loop): Di bahagian belakang untuk mengelakkan jaket terselak ketika menunggang

Elemen Reflektif untuk Keselamatan Waktu Malam

Bagi meningkatkan tahap keselamatan, jaket itu dilengkapi elemen reflektif halus pada:

  • Bahagian dada
  • Lengan
  • Belakang jaket

Ciri itu membantu meningkatkan kejelasan penunggang ketika malam atau dalam situasi pencahayaan rendah, tanpa menjejaskan rekaan keseluruhan jaket.

Pilihan Warna, Versi

Jaket LS2 X-Terrain ditawarkan dalam beberapa versi:

  • Black Grey (lelaki)
  • Black Hi-Vis Orange Front (lelaki)
  • Black Grey (wanita)

Harga, Ketersediaan

LS2 X-Terrain Jacket

Harga: RM599

Jaket LS2 X-Terrain kini tersedia di pengedar sah LS2 terpilih seluruh negara.

Paling Lengkap dalam Kelas

Gabungan perlindungan CE, bahan bernafas, rekabentuk ergonomik dan ciri praktikal, jaket LS2 X-Terrain adalah antara jaket perlindungan musim panas paling lengkap dalam kelas.

Pada harga RM599, jaket itu menawarkan nilai tinggi untuk penunggang yang mengutamakan keselamatan tanpa mengorbankan keselesaan dalam cuaca panas Malaysia.

aksesori aksesori motosikal Auto Terkini Jaket Menunggang LS2 LS2 X-Terrain Jacket
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.