JENAMA aksesori penunggang global, LS2 melancarkan dua model sarung tangan terbaharu, iaitu LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO, yang direka khas untuk kegunaan harian penunggang komuter bandar dan jalanan.
Kedua-dua model itu ditawarkan dalam versi lelaki dan wanita, yang menampilkan kombinasi perlindungan, keselesaan dan fungsi praktikal seperti sokongan skrin sentuh, pada harga mampu milik bermula RM89.
LS2 Dart II EVO – Ringan, Praktikal, Selesa untuk Komuter
LS2 Dart II EVO disasarkan kepada penunggang harian yang mahukan sarung tangan ringan, tetapi tetap selamat untuk perjalanan ulang-alik harian.
Ciri Utama LS2 Dart II EVO
- Fabrik spandeks ringan digabungkan dengan kulit sued tahan lasak
- Perlindungan busa pada jari
- Pelindung buku jari jenis lembut (soft knuckle protector)
- Lapisan silikon antigelincir pada tapak tangan
- Pelindung gelongsor tapak tangan jenis TPR
- Fungsi sentuh skrin untuk penggunaan telefon pintar
- Rekabentuk ergonomik sesuai tunggangan jarak dekat dan sederhana
Pilihan Warna
- Hitam
- Hitam dengan aksen merah
- Biru
- Merah
- Putih
Harga disyorkan – RM89
LS2 Chaki EVO – Perlindungan Lebih Mantap untuk Street Rider
Kepada penunggang yang mahukan tahap perlindungan lebih tinggi tanpa mengorbankan keselesaan, LS2 Chaki EVO tampil sebagai pilihan premium dalam kategori sarung tangan harian.
Ciri Utama LS2 Chaki EVO
- Fabrik mesh bernafas (breathable mesh) untuk aliran udara lebih baik
- Gabungan kulit sued kekuatan tinggi
- Perlindungan busa pada jari
- Pelindung buku jari TPU keras untuk keselamatan tambahan
- Lapisan antigelincir silikon pada tapak tangan
- Pelindung gelongsor tapak tangan jenis TPR
- Fungsi sentuh skrin
- Direka sesuai untuk penunggang bandar dan jalanan
Pilihan Warna
- Hitam
- Hitam dengan jahitan merah
- Variasi warna cerah terpilih
Harga disyorkan – RM99
Harga Bawah RM100 Tapi Kualiti Tinggi

Pada harga bawah RM100, LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO menawarkan nilai sangat kompetitif dalam segmen sarung tangan motosikal harian.
Sama ada untuk ulang-alik kerja atau tunggangan santai hujung minggu, kedua-dua model sarung tangan itu memberikan gabungan perlindungan, keselesaan dan fungsi moden yang relevan dengan keperluan penunggang masa kini.






