Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LRT3 Mula Operasi 31 Disember Ini, Kini Fasa Ujian Akhir
Auto Terkini

LRT3 Mula Operasi 31 Disember Ini, Kini Fasa Ujian Akhir

SyafieBy Syafie18/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

PROJEK Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitar dijangka dibuka kepada orang ramai 31 Disember nanti, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, projek itu kini berada dalam fasa akhir ujian dan pentauliahan, dengan tumpuan penuh diberikan kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan operasi dan pemenuhan teknikal sebelum tarikh pembukaan disahkan secara rasmi.

Tarikh pembukaan bergantung kepada keputusan ujian akhir, termasuk pelaksanaan fault-free run (FFR)bagi memastikan tiada gangguan teknikal apabila operasi bermula,” kata Loke.

956 Kakitangan Sudah Dilantik untuk Operasi LRT3

Peta laluan LRT3

Bagi memastikan kelancaran operasi, Rapid Rail Sdn Bhd melantik 956 kakitangan setakat ini, terdiri daripada pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan, dan sokongan.

Penambahan tenaga kerja itu adalah sebahagian persediaan awal menjelang pelancaran perkhidmatan LRT3 yang bakal menjadi nadi pengangkutan terbaharu di Lembah Klang.

Kebocoran KLIA Terminal 1: Loke Mahu Tindakan Tegas

Mengulas isu lain, Loke menyifatkan insiden kebocoran bumbung di Terminal 1 KLIA baru-baru ini sebagai sesuatu yang “memalukan dan sukar dimaafkan.”

Beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sudah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang terlibat, khususnya jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kontraktor perlu dipertanggungjawabkan. Insiden ini mencemarkan imej negara,” katanya.

MOT Tidak Kompromi Bab Kenderaan Lebih Muatan

Pada masa sama, Loke menegaskan pendirian Kementerian untuk tidak berkompromi dengan isu kenderaan membawa muatan berlebihan, yang sudah berlarutan selama berdekad.

Beliau menekankan, hanya dengan ketegasan penguatkuasaan dan komitmen politik kuat, isu keselamatan jalan raya itu dapat ditangani.

Belanjawan 2026: MOT Lulus RM6.77 Bilion

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan bernilai RM6,767,918,800 bagi Kementerian Pengangkutan dalam Belanjawan 2026 , dengan lebih suara bersetuju.

SUMBER: BeritaRTM

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

23/02/2026
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

Penganalisis: Subsidi RON95 Bersasar Redakan Inflasi Pengangkutan, Catat -0.7 Peratus pada Januari 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.