• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Lori Balak Rempuh Van Murid di Gua Musang Sampai Terbalik, 15 Cedera

Video Lori Balak Rempuh Van Murid di Gua Musang Sampai Terbalik, 15 Cedera

April 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 15 murid sekolah dilaporkan cedera selepas van naiki dirempuh lori balak dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di simpang tiga dekat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2 petang semalam dan menyebabkan dua murid dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan detik-detik kemalangan tersebut. Sebuah kereta dari arah bandar Gua Musang dilihat keluar dari simpang untuk membelok ke kanan jalan.

Pada masa sama, kelihatan sebuah lori membawa muatan balak dari arah kanan jalan cuba mengelak dari merempuh kereta tersebut tetapi gagal kerana jarak terlalu dekat hingga melanggar bahagian kanan kereta tersebut.

Kemudian lori yang hilang kawalan itu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki kumpulan murid yang menyebabkan kenderaan itu terbalik.

Terdapat 15 murid berumur antara 7 tahun hingga 17 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wangi 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 2 dalam van tersebut. Menurut laporan,  dua mangsa terpaksa ditahan di wad untuk rawatan susulan, manakala 13 lagi cedera ringan.

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gua Musang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, kemalangan, Kemalangan Gua Musang, kemalangan jalan raya, van sekolah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my