Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo
Autotainment

Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

Han OthmanBy Han Othman19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM banyak binatang, kanggaru adalah satu-satunya haiwan yang mendatangkan masalah kepada Volvo apabila prototaip autonomi buatan pengeluar dari Sweden itu bermasalah mengecam spesies mamalia tersebut.

Setakat ini, ‘Sistem Pengesanan Haiwan Besar’ dibangunkan Volvo mampu mengesan dan mengelak rusa, elk dan karibu. Namun, ujian awal dilakukan di Australia mendedahkan kelemahan sistem berkenaan apabila berdepan kesukaran mengesai paten kanggaru bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

UJIAN PENGESANAN KANGGARU

Pengarah Urusan Volvo Australia, Kevin McCann berkata, penemuan itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan dan ujian bagi teknologi autonomi, serta masalah itu dijangka selesai apabila siap sedia berada di pasaran menjelang 2020 nanti.

Mana-mana pengeluar yang menjalankan konsep kereta autonomi perlu melakukan kerja pembangunan sama.

“Kami membawa jurutera ke Australia untuk mula mengumpulkan data tentang bagaimana haiwan itu bergerak dan berkelakuan supaya komputer dapat lebih memahami.”

– KEVIN MCCANN, Pengarah Urusan Volvo Australia

Awal bulan ini, Pengarah Teknikal Volvo Australia, David Pickett memberitahu ABC tentang masalah yang dihadapi sistem pengesanan prototaip itu yang menjadikan permukaan bumi sebagai titik rujukan. Sistem tersebut dikatakan gagal mengira seberapa dekat jarak kanggaru dengan kereta disebabkan cara pergerakan haiwan itu yang melompat untuk bergerak.

“Apabila di udara, kanggaru nampak seperti jauh, kemudian di darat ia nampak dekat,” kata Pickett sambil menambah prototaip kereta autonomi itu masih dalam fasa pembangunan.

“Kereta tanpa pemandu belum lagi ada, dan membangunkan teknologi untuk mengecam kanggaru adalah sebahagian daripada pembangunan tersebut. Kami sedang menghasilkan sebuah  kereta yang dapat mengecam kanggaru,” katanya lagi.

FAKTA KANGGARU

Kanggaru ialah penyebab kemalangan paling tinggi berbanding haiwan lain di Australia. Faktanya, kanggaru bertanggungjawab ke atas 90 peratus kemalangan membabitkan kenderaan dan haiwan di negara berkenaan.

Mungkinkah destinasi ujian Volvo selepas ini ialah Malaysia? Khabarnya, Volvo bakal berdepan masalah sama di negara ini. Bezanya bukan dengan kanggaru, tetapi pemandu Malaysia sendiri, di mana Volvo mungkin perlu membangunkan sistem pengesanan yang dapat mengecam balingan selipar, mengelak lampin pakai buang dan meneka kenderaan di depan membelok. 😀

SUMBER: Car Scoops

Australia autotainment kanggaru kereta autonomi kereta pandu autonomi kereta pandu sendiri kereta tanpa pemandu Roda4 Volvo Volvo Australia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Roda4

Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

03/04/2026
Auto Terkini

Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

03/04/2026
Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
Auto Terkini

Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

02/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

By Syafie03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.