Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Tiada Rancangan Bina Lapangan Terbang Baharu di Sabah
Auto Terkini

Loke: Tiada Rancangan Bina Lapangan Terbang Baharu di Sabah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA rancangan membina sebuah lapangan terbang baharu di Sabah.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana pembinaan sebuah lapangan terbang baharu akan melibatkan peruntukan besar (perbelanjaan).

Sebaliknya, Kementerian Pengangkutan mahu mencari cara mengoptimum sepenuhnya lapangan terbang sedia ada, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Beliau berkata;

Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu jauh dari Kota Kinabalu. Saya rasa 40 hingga 50km dari Kota Kinabalu.

“Yang ada di Kota Kinabalu (KKIA) ketika ini agak strategik sebab dekat dengan pusat bandar raya tapi kekangannya ialah bagaimana kita lihat terminal dan landasan itu boleh dipanjangkan atau diperbesar dan untuk optimumkan semula Terminal 2 KKIA.”

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja untuk kementeriannya di Dewan Rakyat semalam dan menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) sama ada terdapat cadangan membina lapangan terbang baharu di Sabah.

NAIK TARAF KKIA

Loke berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga mempertimbang cadangan menaik taraf Terminal 1 KKIA untuk membolehkan pengendalian penumpang ditingkatkan kepada 12 juta penumpang berbanding 9 juta penumpang setahun dan mengatasi isu kesesakan.

Ada media pernah melaporkan pembinaan sebuah lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik saja Kerajaan Negeri meluluskan pemindahan semula KKIA ke satu lokasi di utara Sabah.

Qhazanah Sabah Bhd (QSB) iaitu cabang pelaburan strategik Kerajaan Negeri dikatakan menjangka pemindahan KKIA akan bermula 2030 dan menimbulkan pelbagai reaksi rakyat di Sabah.

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Kementerian Pengangkutan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Qhazanah Sabah Bhd.
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 โ€“ Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.