Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Subsidi Penerbangan Luar Bandar Diteruskan Walaupun MASwings Milik Sarawak
Auto Terkini

Loke: Subsidi Penerbangan Luar Bandar Diteruskan Walaupun MASwings Milik Sarawak

SyafieBy Syafie24/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDI penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak akan tetap diteruskan walaupun syarikat penerbangan MASwings diambil alih Kerajaan Negeri Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara dua pihak iaitu Kementerian dan Kerajaan Sarawak sudah ditandatangani bagi membolehkan subsidi tersebut terus disalurkan.

Setiap tahun Kementerian Pengangkutan ada peruntukan khas (subsidi penerbangan luar bandar) untuk memastikan perkhidmatan penerbangan luar bandar (di Sarawak, dan Sabah) tidak terjejas.”

“Subsidi pengangkutan luar bandar akan tetap diteruskan sekalipun Kerajaan Sarawak ambil alih MASwings, kita tetap akan bagi subsidi untuk penerbangan luar bandar, kerana kita ada MoU dengan Sarawak.”

“Tak kira siapa operator. Sebelum ini MASwings, sudah tentu subsidi disalurkan kepada MASwings, tetapi sekiranya selesai nanti Kerajaan Sarawak melalui syarikat mereka mengambil alih MASwings, subsidi itu akan tetap disalurkan kepada syarikat berkenaan.”

Kenayataan ini dibuat berikutan kebimbangan disuarakan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Abdal mengenai subsidi pengangkutan luar bandar yang berkemungkinan ditarik jika MASwings diambil alih Kerajaan Sarawak.

Malah, sekiranya perkara itu terjadi, beliau berpendapat kos penerbangan intra Sabah dan Sarawak akan meningkat.

Setakat ini, proses pengambilalihan MASwings berada pada proses rundingan lanjutan dengan beberapa pihak berkepentingan seperti Malaysian Aviation Group (MAG), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAB).

SUMBER: BeritaHarian

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Khazanah Nasional Bhd Malaysia Airports Holdings Bhd (MAB) Malaysian Aviation Group (MAG) memorandum persefahaman (MoU)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.