Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Sistem e-Dereg Bantu Proses Lupus Lambakan Kenderaan Buruk, Terbiar
Auto Terkini

Loke: Sistem e-Dereg Bantu Proses Lupus Lambakan Kenderaan Buruk, Terbiar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan perkhidmatan pembatalan pendaftaran pemilikan kenderaan bermotor secara atas talian (online) yang mana pengguna tidak perlu lagi ke kaunter JPJ untuk urusan berkenaan.

Sistem itu dipanggil Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian (Online Motor Vehicles De-Registration System) atau singkatannya, e-Dereg. Proses nyah daftar secara atas talian itu mengambil masa sekitar 5 minit.

APAKAH SISTEM E-DEREG?

  • Satu usaha diperkenalkan Kementerian Pengangkutan untuk membantu menangani masalah lambakan kenderaan buruk dan terbiar di kawasan perumahan yang sekian lama membelenggu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk.
  • Sistem e-Dereg membolehkan pemilik yang mahu melupuskan kenderaan motor berbuat demikian secara online tanpa perlu ke JPJ. Pelanggan cuma perlu menghubungi syarikat berlesen AATF untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
  • Apa perlu dibuat adalah melengkapkan semua proses pembatalan pendaftaran kenderaan secara online.

KENAPA LAMBAT PERKENAL E-DEREG?

  • Ini kerana langkah pelupusan itu melibatkan pembangunan ekosistem menyeluruh bermula sistem pembatalan pendaftaran hingga mewujudkan pusat pelupusan kenderaan yang patuh piawaian keselamatan dan alam sekitar.

SIAPA LAKSANA PELUPUSAN KENDERAAN?

  • Sistem e-Dereg hanya membenarkan pelupusan kenderaan dibuat di Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (Authorised Automotive Treatment Facility – AATF) yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

APA PULA KAITAN JAS?

  • JAS menetapkan peraturan pelupusan kenderaan secara teratur untuk mencegah dua perkara, iaitu:
    • Pencemaran alam – elak bendalir atau sisa kenderaan dibuang dalam saliran air
    • Jualan semula komponen kenderaan yang diklasifikasikan sebagai tidak selamat.
  • Pihak AATF pula perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan JAS. Perlu diingatkan, AATF mendapat lesen daripada JAS.

SIAPA LAGI BOLEH GUNA E-DEREG?

  • Selain pemilik asal berdaftar, PBT juga boleh mengadakan program pemutihan dan pengurusan kenderaan terbiar di dalam kawasan tanggungjawab masing-masing dengan sistem ini.
  • Namun program itu masih perlu melibatkan pemilik berdaftar asal untuk tujuan pembatalan kenderaan.
  • MOT ada perancangan membenarkan PBT menggunakan sistem tersebut untuk membatalkan pendaftaran kenderaan terbiar yang dilucutkan hak kepada PBT (mengikut Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar).

10 LESEN AATF DIKELUARKAN

JAS sudah memberi lesen kepada 10 pihak untuk AATF, tetapi hanya dua daripada firma tersebut sudah memulakan perkhidmatan, iaitu di Kajang (Car Medic) dan Shah Alam di Selangor.

APA KATA MENTERI PENGANGKUTAN?

Anthony Loke berkata;

Dalam hal ini, saya menyeru lebih ramai pihak yang berminat menjalankan perniagaan dan perkhidmatan pelupusan kenderaan motor untuk memohon lesen AATF daripada JAS supaya boleh diberi akses melalui Sistem e-Dereg seluruh negara.

“Adalah menjadi harapan MOT supaya Sistem e-Dereg akan menjadi pemangkin kepada penyelesaian isu lambakan kenderaan terbiar dan menyokong usaha Kerajaan melindungi dan melestari alam sekitar.”

Anthony Loke Siew Fook e-Dereg Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Pengangkuran Menteri Pengangkutan Sistem e-Dereg Sistem Lupus Kereta Terbiar dan Buruk
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.