• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: MOT Sedia Laksana Ujian Rintis Perkhidmatan e-Hailing Motosikal

Loke: MOT Sedia Laksana Ujian Rintis Perkhidmatan e-Hailing Motosikal

November 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) bersedia menyemak semula dan melaksanakan bukti konsep (proof of concept, POC) kepada mana-mana syarikat yang mahu mengadakan perbincangan mengenai perkhidmatan e-hailing motosikal.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menganggap budaya di Malaysia tidak begitu cenderung menggunakan perkhidmatan ini, tetapi beliau tidak menolak jika tanggapan itu salah.

Jika ada mana-mana pengusaha yang ingin melaksanakan ujian sandbox atau projek perintis seumpamanya, kami terbuka untuk menjalankan POC sekiranya Putrajaya dapat mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menjalankan perkhidmatan ini."

“Jika POC berjaya, saya terbuka dengan idea ini dan berharap ia dapat membantu meringankan beban pengangkutan batu pertama dan batu terakhir."

Menurutnya, perbincangan kelulusan POC akan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya terdapat permohonan dikemuka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, kebenaran akan diberikan kepada mana-mana syarikat e-hailing yang ingin memperkenalkan perkhidmatan berkenaan dengan mencadangkan kawasannya sebagai lokasi ujian sandbox.

* Sandbox adalah amalan keselamatan yang menjadikan persekitaran terpencil untuk ujian.

SUMBER: NST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, e-Hailing Motosikal, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), parlimen, Penunggang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev