Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Lebih 350,000 Lesen Memandu Diperbaharui Sejak Pelaksanaan BUDI95
Auto Terkini

Loke: Lebih 350,000 Lesen Memandu Diperbaharui Sejak Pelaksanaan BUDI95

SyafieBy Syafie16/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBANYAK 350,967 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudah memperbaharui lesen mereka sejak pengenalan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) pada 22 September lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, angka itu turut mencatat peningkatan 38 peratus dalam urus niaga harian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak pelaksanaan inisiatif subsidi tersebut.

Peningkatan ini bukan saja menunjukkan sambutan positif rakyat terhadap BUDI95, tetapi juga kesedaran semakin tinggi mengenai kepentingan memiliki lesen memandu sah.”

JPJ Buka Kaunter Tambahan Hujung Minggu

Logo JPJ

Bagi menampung peningkatan urusan pembaharuan lesen, JPJ mengambil langkah membuka kaunter tambahan pada Jumaat dan Sabtu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta pada Sabtu dan Ahad di negeri lain.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai proaktif dan wajar dipuji kerana memudahkan urusan rakyat tanpa menjejaskan waktu kerja.

Setakat ini, tiada sebarang aduan diterima walaupun jumlah pembaharuan lesen meningkat mendadak.”

JPJ Kukuh Integriti, Laksana 86 Peratus Inisiatif Antirasuah

Dalam pada itu, Loke turut menegaskan JPJ kekal komited memperkukuh integriti menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JPJ 2021-2025, dengan 86 peratus inisiatif dilaksanakan.

Beliau juga memaklumkan JPJ kini diiktiraf SIRIM QAS International dengan pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS), hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pensijilan ini membuktikan JPJ berada di barisan depan dalam pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah bertaraf antarabangsa.”

JPJ Kekal Tegas, Tolak Rasuah

Loke menegaskan komitmen dasar sifar toleransi terhadap rasuah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang melanggar etika perkhidmatan.

Beliau turut menambah pelbagai inisiatif seperti Ops Luxury, Ops Khas Gempur Perdagangan, Program MyLesen, dan sistem e-Testing adalah bukti integriti menjadi asas utama keberkesanan pelaksanaan dasar JPJ.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lesen memandu Malaysia (LMM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.