Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: JPJ Beri Kompaun Khas Kadar Rata RM150 untuk Tiga Saman, Termasuk AWAS
Auto Terkini

Loke: JPJ Beri Kompaun Khas Kadar Rata RM150 untuk Tiga Saman, Termasuk AWAS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan kadar kompaun khas pada nilai tetap RM150 untuk tiga kesalahan saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tiga kesalahan tersebut adalah:

  • Saman AWAS (Saman 53A iaitu melebihi halaju dibenarkan)
  • Notis 114 (Notis temu siasat)
  • Notis 115 (Notis saman tampal JPJ (P) 23)

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketiga-tiga notis saman itu secara lazim dikenakan kadar kompaun RM300 dan pihaknya kini menawarkan kadar kompaun khas tersebut selama enam bulan.

Beliau berkata;

Kadar kompaun khas akan diberi selama enam bulan bermula esok, 3 Januari hingga 30 Jun 2024 untuk mereka selesaikan kompaun-kompaun ini .

“Jika mereka tidak menyelesaikan saman-saman tertunggak ini, mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM). Kadar kompaun ini untuk membantu mereka menyelesaikan saman tertunggak pada kadar segera.”

Menurutnya, saman AWAS kini berjumlah dua juta sejak 2018 yang tertunggak sejak enam tahun lalu dan ada sekatan jika pemiliknya tidak menyelesaikan saman tersebut.

Bagaimanapun, saman kadar khas itu hanya boleh dinikmati menerusi bayaran di kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, portal awam atau kios JPJ, dan tidak boleh dibuat melalui MyEG atau Pos Malaysia.

Loke menambah;

Mereka yang menyelesaikan saman ini (dalam tempoh enam bulan), tiada pengumpulan mata demerit dari 3 Januari hingga 30 Jun 2024.”

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Kompaun Kadar Khas
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.