• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Locman-Ducati Hasilkan Koleksi Kedua Jam Tangan Ducati

Locman-Ducati Hasilkan Koleksi Kedua Jam Tangan Ducati

January 14, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI mengumumkan produk jam tangan baharu buat fanatik jenama motosikal dari Itali itu. Jam tangan itu ialah produk kolaborasi antara Ducati dan Locman, juga pembuat jam tangan terkenal di Itali, yang dihasilkan dengan ilham semangat persaingan, teknologi termaju dan keghairahan rekabentuk.

Ada empat model ditawarkan yang setiap satu memiliki mekanisme berbeza pada harga bermula €299 (RM1,405) hingga €598 (RM2,809), iaitu:

  • Solo Tempo - kuarza
  • Chronograph (dengan masa 24-jam dan minit krono) - kuarza dua tolok
  • Chronograph (dengan saat jam berterusan, jam krono dan minit krono) - kuarza tiga tolok
  • Meccanico Automatico Solo Tempo - mekanikal automatik  @ self-winding

Semua model menampilkan rekabentuk bulat, berbeza berbanding bentuk bersegi pada jam Locman Ducati terdahulu. sekali gus menampakkan rupa yang ringan, ringaks dan lebih kontemporari.

Jam terdiri daripada diameter penutup 42mm, dibuat daripada keluli tahan karat digilap 316L dengan bezel dan punat tekan yang dikilatkan. Skru korona tertera logo Ducati dan ada dwi pengedap silikon dalaman bagi menambah baik ciri kalis air.

BACA >>> Bell & Ross RS8 - Jam Tangan Kronograf Premium dengan Kerjasama Pasukan Renault F1

Menurut Ducati, rekabentuk rupa jam mengambil ilham daripada instrumen Ducati dan dunia perlumbaan, tetapi bagi orang biasa, sukar sekali melihat kaitan tersebut. Sebaliknya ia nampak seperti kebanyakan produk jam lain. Ada dua pilihan tali jam, iaitu silikon hipoalerganik atau, kulit natural dengan sulaman kontras tinggi.

Koleksi Masa Ducati kedua itu kini boleh didapati di butik Locman, di Itali dan Jepun, atau premis barangan kemas terkemuka terpilih, butik Ducati Stores, atau layari laman Locman.it.

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Ducati, Ducati Aksesori, Jam, Jam tangan, Locman, Locman Ducati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my