Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lexus LBX Guna Platform Toyota Yaris Cross dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Berkuasa 134hp!
Auto Terkini

Lexus LBX Guna Platform Toyota Yaris Cross dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Berkuasa 134hp!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS sudah membuat debut model kenderaan utiliti sukan (SUV) paling kecil keluaran mereka iaitu LBX (Lexus Breakthrough Crossover) yang dijangka memasuki pasaran Eropah seawal 2024.

Model sub-kompak segmen SUV-B itu dibangunkan di Eropah dan menggunakan platform Toyota Yaris Cross.  Lexus LBX ditawarkan dengan satu pilihan varian trenkuasa jenis hibrid dengan unit motor elektrik mengikut jenis sistem pacuan roda.

VARIAN

Secara amnya, ada empat varian Lexus LBX iaitu Elegant, Relax, Emotion dan Cool.

  • Elegant dan Relax disifatkan sebagai model aras mula dengan satu warna badan.
  • Emotion dan Cool pula hadir dengan salutan cat dwi-rona.

Bagaimanapun, setiap varian hadir dengan kombinasi material dalaman upholistri berbeza dan pelanggan boleh kustom kenderaan menerusi program Lexus Bespoke Build.

DUA PILIHAN SISTEM PACUAN

Varian FWD
Varian AWD

Ada dua pilihan sistem pacuan sama ada pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).

  • FWD menggunakan dua motor elektrik
  • AWD hadir dengan tiga motor elektrik

Lexus LBX hadir dengan trenkuasa hibrid jenis enjin petrol 3-silinder 1.5 liter, sistem transmisi CVT dengan pek bateri NiMH.

Model itu mampu menghasilkan kuasa 134hp dan tork 185Nm, lebih 20hp dan 65Nm berbanding Toyota Yaris Cross. Lexus LBX mampu mencapai kelajuan 100kmj dalam masa 9.2 saat.

Varian dengan sistem pacuan FWD didatangkan dengan torsion beam di gandar belakang manakala model Lexus LBX AWD pula dilengkapi tetapan suspensi double-wishbone (lihat foto atas).

DIMENSI

Dimensi Lexus LBX ialah panjang 4,190mm, lebar 1,825mm dan tinggi 1,545mm dengan jarak roda 2,580mm. LBX sebenarnya lebih besar berbanding Toyota Yaris Cross tetapi pendek 305mm jika dibandingkan model Lexus UX.

REKABENTUK LEBIH SEGAR

LBX menampakkan beberapa persamaan seperti Lexus RX 350 yang diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini iaitu konsep spindle body menggantikan warisan spindle grille.

Lampu utama LED digunakan lebih agresif dan diposisikan di hujung bonet. Arca roda pula ada cladding plastik dan trim hitam pada tiang C (belakang).

Lampu belakang juga jenis LED dengan sambungan bar melintang dari kiri ke kanan. Tambahan lain ialah spoiler bumbung dan hiasan rona krom pada bampar belakang. Muncung ekzos pula disorokkan.

Ruang dalaman menggunakan instrumen meter digital 12.3 inci dan ada paparan dongak. Sistem infotainmen jenis skrin sesentuh 9.8 inci dengan sistem infotainmen Lexux Link Connect, boleh naik taraf perisian OTA, sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto (guna kabel).

Dilengkapi pakej standard Lexus Safety System dengan suit ADAS. Ada opsyen naik taraf untuk sistem audio Mark Levinson dengan 13 pembesar suara dan seunit subwoofer.

Lexus menambah bahan penebat untuk meningkatkan kadar kesenyapan dalam kabin (NVH) demi keselesaan lebih baik.

Varian FWD memiliki ruang kargo 332 liter iaitu lebih tinggi berbanding model AWD (disebabkan komponen tambahan untuk gandar belakang).

2023.03.28
Varian AWD
2023.03.28
2023.03.28
2023.03.28
2023.03.28
2023.03.28
autoterkini Lexus Bespoke Build Lexus LBX (Lexus Breakthrough Crossover) Lexux Link Connect Roda4 Toyota Yaris Cross (2023)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.