Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus LBX 2025 dengan Pengendalian dan Kesenyapan Ditambah Baik, Varian Active Diperkenal
Roda4

Lexus LBX 2025 dengan Pengendalian dan Kesenyapan Ditambah Baik, Varian Active Diperkenal

Abang HirataBy Abang Hirata19/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lexus LBX 2025 - Jepun

DALAM banyak model Lexus premium dan menyerlah, Lexus LBX tampil istimewa sebagai model kompak paling kecil dalam famili jenama itu dengan enjin hibrid 1.5L.

Kecil bukan sebarang kecil kerana model ini melahirkan LBX Morizo RR 2025 yang menggunakan enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L turbo berkuasa 304ps dan tork 400Nm.

Lexus LBX Morizo RR 2025
Lexus LBX Morizo RR 2025

Kenapa Lexus LBX Direka?

Lexus LBX asalnya direka untuk mencabar persepsi tradisional kereta mewah dengan menawarkan pemanduan dan rekabentuk berkualiti tinggi dalam saiz lebih kompak.

Sejak pelancaran pada Disember 2023, LBX sudah mencapai jualan kira-kira 65,000 unit di lebih 60 negara dan rantau.

Lexus LBX 2025 yang Ditambah Baik

Lexus LBX 2025 menjalani ujian lebih mendalam di pusat ujian Toyota Technical Center Shimoyama (TTC-S) yang mula beroperasi sepenuhnya sejak Mac 2024.

Ujian dilakukan di litar untuk mensimulasi pelbagai jenis permukaan jalan mencabar dari seluruh dunia dengan penambahbaikan dilakukan pada;

  • Saiz silinder absorber belakang diperbesar.
  • Kadar redaman dan stereng kuasa elektronik (EPS) dioptimum untuk menyerap hentakan lebih lembut ketika melalui permukaan tidak rata atau bonggol serta mengurangkan getaran.
  • Pergerakan kenderaan arah depan dan belakang yang ada kaitan dengan gandar depan dikawal untuk mengurangkan bunyi jalan.
  • Semua model dilengkapi sistem Kawalan Bunyi Aktif (Active Noise Control, ANC) sebagai ciri standard.
  • Bahan penyerap bunyi tambahan dipasang pada fender bagi meredam bunyi enjin, dan meningkatkan tahap kesenyapan kabin.

Varian Baharu – Lexus LBX Active dengan Ciri Sporty

Lexus LBX Active 2025

Kini ada varian baharu, Lexus LBX Active 2025, boleh didapati di semua pengedar Lexus seluruh Jepun dengan ciri seperti:

  • Pilihan warna luaran dan dalaman yang menonjolkan konsep sporty.
  • Enam pilihan warna badan disediakan, termasuk gabungan Red Spinel & Black yang sebelum ini ditawarkan dalam program Bespoke Build.
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
  • Warna dalaman menampilkan kombinasi hitam dengan sulaman merah.
  • Kerusi menggunakan bahan L tex yang tahan lama, dan berfungsi memberikan sentuhan selesa.
  • Pelanggan boleh memilih pelbagai warna seperti Cool, Relax, dan Elegant mengikut cita rasa.

Spesifikasi Lexus LBX 2025

  • Enjin: M15A-FXE 3-silinder sebaris 1,490cc turbo
  • Transmisi: automatik e-CVT
  • Output: Kuasa 91ps @ 5,500rpm, dan tork 120Nm @ 3,800-4,800rpm
  • Motor Depan: Motor Synchronous AC (1VM)
  • Output Motor Depan: 69kW (94ps), dan tork 185Nm
  • Motor Belakang (AWD): Motor Synchronous AC (1MM)
  • Output Motor Belakang (AWD): 4.7kW (6.4ps), dan tork 52Nm
  • Bateri: Nikel-metal hidrida 28.8V
  • Kapasiti Bateri: 5Ah

Varian dan Harga

i. Bespoke Build

Lexus LBX Bespoke Build 2025
Lexus LBX Bespoke Build 2025
  • 2WD (FF) – 5.5 juta yen (RM161,780)
  • AWD (E-Four) – 5.76 juta yen (RM169,440)

ii. Cool

Lexus LBX Cool 2025
Lexus LBX Cool 2025
  • 2WD (FF) – 4.6 juta yen (RM135,310)
  • AWD (E-Four) – 4.86 juta yen (RM142,960)

iii. Relax

Lexus LBX Relax 2025
Lexus LBX Relax 2025
  • 2WD (FF) – 4.6 juta yen (RM135,310)
  • AWD (E-Four) – 4.86 juta yen (RM142,960)

iv. Active

Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
  • 2WD (FF) – 4.4 juta yen (RM129,420)
  • AWD (E-Four) – 4.66 juta yen (RM137,080)

v. Elegant

Lexus LBX Elegant 2025
Lexus LBX Elegant 2025
  • 2WD (FF) – 4.2 juta yen (RM123,540)
  • AWD (E-Four) – 4.46 juta yen (RM131,195)
Lexus LBX 2025
Lexus LBX 2025 - Jepun
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Cool 2025
Lexus LBX Bespoke Build 2025
Lexus LBX Relax 2025
Lexus LBX Elegant 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Cool 2025
Lexus LBX Bespoke Build 2025
Lexus LBX Relax 2025
Lexus LBX Elegant 2025
Varian Baharu – Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus LBX Active 2025
Lexus Lexus Jepun Lexus LBX Lexus LBX 2025 Lexus LBX Active Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.