Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BUDI95: Lesen Memandu ‘Mati’ Lebih 3 Tahun Hilang Kelayakan Subsidi RON95
Auto Terkini

BUDI95: Lesen Memandu ‘Mati’ Lebih 3 Tahun Hilang Kelayakan Subsidi RON95

SyafieBy Syafie25/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95

PEMEGANG Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang tamat tempoh lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sistem Kementerian Kewangan akan membuat sekatan automatik terhadap mana-mana lesen tidak sah.

Lesen yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun masih dianggap aktif dalam sistem. Tetapi jika sudah lebih tiga tahun, ia dikira tidak aktif dan individu berkenaan secara automatik hilang kelayakan subsidi.”

2.4 Juta Pemegang Lesen dalam Status Tidak Aktif


Rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan:

  • 2.4 juta pemegang CDL tamat tempoh lebih tiga tahun – tidak aktif
  • 925,421 pemegang CDL tamat tempoh tetapi masih dalam tempoh bawah tiga tahun
    • 551,688 tamat kurang setahun
    • 219,092 tamat antara 1 – 2 tahun
    • 154,641 tamat antara 2 – 3 tahun

Loke menggesa kumpulan itu segera memperbaharui lesen bagi mengelakkan ujian memandu semula.

Kalau mereka biarkan sampai lebih tiga tahun, mereka bukan saja hilang kelayakan subsidi RON95, tetapi wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian II dan III.”

Proses Perbaharui Lesen Kini Lebih Mudah

Loke berkata lagi, proses pembaharuan lesen kini boleh dilakukan dengan cepat, dengan hanya mengambil masa dua minit melalui aplikasi MyJPJ.

Sejak pengumuman syarat BUDI95 pada 22 September lalu, JPJ merekodkan 26,991 transaksi pembaharuan CDL melalui aplikasi MyJPJ, MySikap, kios dan kaunter.

Kita sudah beri peringatan awal. Jangan pula marah Kerajaan jika tidak dapat subsidi kerana kita sudah maklumkan lebih awal.”

Beliau turut mengingatkan 154,000 pemegang lesen yang hampir mencecah tempoh tiga tahun tamat tempoh supaya bertindak segera.

Hanya RM30 Setahun, Diskaun untuk 10 Tahun

Loke turut menjelaskan, bayaran pembaharuan CDL kekal RM30 setahun, dan diskaun ditawarkan jika pembaharuan dibuat untuk tempoh 10 tahun sekali gus.

Kerajaan sudah mudahkan proses, sekarang hanya tinggal tanggungjawab pemilik lesen untuk bertindak. Jangan tunggu sehingga hilang kelayakan baru hendak panik.”

Semak Lesen Sebelum Terlambat

Pelaksanaan BUDI95 bukan saja memastikan subsidi petrol diagih secara bersasar, tetapi juga mendidik rakyat bertanggungjawab memastikan dokumen kenderaan dan lesen sentiasa sah.

Pemilik CDL tamat tempoh lebih tiga tahun akan rugi kerana:

  • Hilang kelayakan subsidi RON95
  • Perlu ambil semula ujian memandu (Bahagian II dan III)

Langkah terbaik adalah menyemak dan perbaharui lesen segera, sama ada melalui aplikasi MyJPJ, kios atau kaunter JPJ, bagi mengelakkan kesulitan pada masa depan.

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) Kementerian Pengangkutan (MOT) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.