Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Selesai Pandu Uji Peugeot 3008, Inilah Perkara yang Paling Saya ‘Benci’ dengan SUV Ini!!!
Pandu Uji

Selesai Pandu Uji Peugeot 3008, Inilah Perkara yang Paling Saya ‘Benci’ dengan SUV Ini!!!

Abang GYLBy Abang GYL19/10/20177 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu uji Peugeot 3008 MalaysiaPERGHHHHHH!, lawa gila! Itulah respon pertama saya apabila kali pertama melihat Peugeot 3008. Saya yakin mereka yang tengok kenderaan utiliti sukan (SUV) ini buat kali pertama pasti memberikan reaksi sama.

Memang tidak dinafikan Peugeot 3008 yang baru saja dilancarkan ini berjaya mencuri hati saya. Bukan sekadar luaran, ruang dalaman, terutama panel meter sudah mampu membuatkan saya cair. Jadi, tidak hairanlah Peugeot 3008 boleh dinobatkan sebagai SUV Tahunan Terbaik (Car of the Year – COTY) pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017. Saya ulangi, 3008 ialah SUV pertama mendapat anugerah tersebut!

Sebelum bercerita lanjut mengenai pengalaman pemanduan, lebih baik saya ulaskan serba sedikit mengenai 3008:

Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia3008 baharu ini ditawarkan dalam dua pilihan varian – Peugeot 3008 Active THP dan Allure THP. Berikut harga kedua-dua varian berkenaan:

  • Peugeot 3008 Active THP – RM142,888
  • Peugeot 3008 Allure THP – RM155,888

* Harga atas jalan termasuk GST, tetapi tanpa insurans dan cukai jalan.
* Warna Ultimate Red (merah) dan Pearl White (putih) perlu tambah RM1,590 (termasuk GST).

Beza kedua-dua varian adalah dari segi ciri ditawarkan. Peugeot 3008 Allure THP ialah varian premium dengan spesifikasi tinggi yang hadir bersama kit badan dan ciri menarik lain. Sebelum memulakan sesi pandu uji 3008, saya sempat ‘bertawaf’ mengelilingi SUV tersebut. Makin lama dipandang, makin terpikat pula hati ini.

Inilah perkara yang saya paling ‘benci’ tentang 3008. Apa tidaknya, Peugeot buatkan saya tidak dapat tidur lena sepanjang malam itu juga. Rasa macam mahu pinjam daripada Nasim Sdn Bhd sekali lagi untuk satu lagi sesi pandu uji peribadi. Warna pilihan semestinya biru dan merah. Cun gila wei!

BACA >>> Mahu Beli SUV? Inilah 8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Peugeot 3008

Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia

REKAAN ANGGUN MELECUN

Tidak kira dipandang dari hadapan atau belakang, Peugeot 3008 memang tampak menawan. Orang putih kata, awesome! Ditambah pula kehadiran lampu LED depan dan belakang. Lagi tampak maskulin ialah penampilan gerbang roda yang dipadankan rim aloi 18-inci Los Angeles bersama set tayar Continental 225/55. Perghhh!

Begitu juga apabila masuk ke ruang kabin, terasa macam berada dalam kokpit pesawat. Saya dihidangkan pelbagai ciri canggih, yang diberikan nama PEUGEOT i-Cockpit® dengan kehadiran stereng kompak, paparan dongak (HUD) 12.3-inci dan paparan multimedia berserta skrin sesentuh, termasuk pelbagai teknologi bantuan pemanduan lain.

Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia

ENJIN TURBO – SERONOK DIPANDU

Semasa sesi pandu uji baru-baru ini, saya berkesempatan mengemudi Peugeot 3008 Allure THP menuju ke negeri selatan tanah air, Johor. Padanan enjin 1.6L turbo skrol kembar tekanan tinggi (Twin Scroll Turbo High Pressure) THP yang turut berkongsi nadi sama dengan model Peugeot 308 THP menghamburkan prestasi yang tidak mengecewakan.

Enjin berkuasa 165hp bersama tork 240Nm turut dibantu dengan kotak gear automatik 6-kelajuan Quickshift. Di atas kertas, pecutan sifar hingga 100kmj mampu dibuat sepantas 8.9 saat dengan kelajuan maksimum sekitar 206kmj. Tetapi SUV ini mampu pergi lebih laju tanpa sebarang tekanan atau masalah, dan saya dengan mudah dapat memecut hingga 220kmj di lebuh raya.

Walaupun dalam kelajuan tinggi, olengan badan 3008 tidak begitu terasa dan tahap kebisingan dalam kabin pada kadar minimum. Kualiti pengendalian stereng cukup responsif. Tujahan kuasa juga sempurna dan begitu juga penukaran gear yang terasa lancar. Apabila mahu memecut laju atau memotong kenderaan, segalanya dapat dilakukan dengan ‘kacang’.

Selepas melenjan lebuh raya, kami kemudian memasuki jalan raya kampung. Sesekali sengaja saya melanggar lubang dan bonggol jalan semata-mata mahu menguji sistem suspensi. Kesan hentakan tidak terlalu keras dan lembut. Orang Cina kata, ‘ngam-ngam ho’!

Pandu uji Peugeot 3008 MalaysiaMANA MUNGKIN SAYA TAK ‘BENCI’

Apa boleh saya simpulkan? Peugeot 3008 bukan saja ada rupa, tetapi pengalaman memandu SUV ini juga tidak mengecewakan. Tidak perlu diulas mengenai aspek keselamatan kerana SUV sudah pun menerima pengiktirafan 5-bintang Euro NCAP.

Antara ciri keselamatan diberikan ialah 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Daki Mula (HSA), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan ISOFIX.

Dengan apa yang diberikan, memang tidak hairanlah kenapa SUV ini mampu buatkan saya tergila bayang setiap kali mahu melelapkan mata. Buat anda yang mahu memiliki SUV ini, kami dimaklumkan tempoh menunggu adalah sekitar dua bulan. Maksudnya, tengah ‘laku keras’lah tu!

Tunggu apa lagi, pandu uji sekarang dan terus buat tempahan untuk mengelak anda mengidap simptom yang sama macam saya yang setiap hari asyik terbayang wajah Peugeot 3008 🙂

GALERI

Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Pandu uji Peugeot 3008 Malaysia
Harga Peugeot 3008 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Pandu Uji Peugeot 3008 Pandu Uji Peugeot 3008 Malaysia Peugeot 3008 2017 Peugeot 3008 Allure THP Peugeot 3008 Test Drive Roda4 SUV
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026

    7 Comments

    1. Md yusop mahmud on 20/10/2017 05:01

      Tahniah kpd kejuruteraan pijot…… Suv3008 yg hebat……

      Reply
      • Md yusop mahmud on 20/10/2017 05:01

        Belum testdrive dah terasa kehebatannya……

        Reply
    2. WeyWey on 22/10/2017 13:43

      Memang mengancam..luar dan dalam yang nampak “smart”.

      Reply
    3. Zaininoor on 01/11/2017 09:58

      Adoiiii…mungkin kan pengalaman pahit dan ngeri berulang kembali pg model 3008 model yg lepas…

      Dari mula kluar show room until now ulang alik ke svc center shj.

      Recall tapi selepas tu madalah lain pula timbul…
      Dah serik now my 3008 masih betada dlm svc center Butterworth….BARAH.& PARAH.

      Kalau mahu pandangan saya boleh call saya 0194663400.

      Reply
      • hafiz on 05/12/2017 15:42

        sama la kita.. bawak best.. tang berulang alik ke service centra tu yg tak tahan

        Reply
      • 5rul on 23/02/2019 14:21

        apa problemnya tuan, tgh mencari SUV
        mmg mengancam tgk 3008 Ni

        Reply
    4. Yazid on 02/12/2017 13:05

      Mana power volkswagen atau peugeot dari segi kelajuan ..hehehe

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.