Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Warga UK Kena Denda RM700 Sebab Masuk Kawasan Larangan KLIA 1
Auto Terkini

Lelaki Warga UK Kena Denda RM700 Sebab Masuk Kawasan Larangan KLIA 1

SyafieBy Syafie14/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki warga Britain, Polak Kendon, 57, didenda RM700 hari ini selepas mengaku bersalah memasuki kawasan larangan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 10 Januari lalu.

Majistret Muhammad Bukhara Md Ruslan daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengakui kesalahan disabitkan ke atasnya.

Kendon dikesan memasuk kawasan larangan di Pintu C Aras 5 Pelepasan Antarabangsa KLIA tanpa pas sah antara jam 8.46 hingga 8.47 malam. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM1,000, atau kedua-dua sekali.

Peguam Muhammad Aidil Akmal Sharidan, yang mewakili Kendon, memohon hukuman denda minimum dengan alasan terdapat salah faham antara pihak berkuasa dan tertuduh, yang tiada sebarang rekod jenayah di Malaysia. Tertuduh juga mendakwa dalam perjalanan transit ke Addis Ababa, Ethiopia selepas tiba dari Perth, Australia.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Ain Madihah Zulkifli pula mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran. Berdasarkan fakta kes, tertuduh memanjat E-Gate di terminal dan terperangkap selepas kakinya tersepit  sebelum dikesan pasukan polis bantuan yang melaporkan insiden tersebut dan ditahan keesokan hari.

SUMBER: Kosmo

Auto Terkini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.