Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Maut Dihempap Kereta BMW M1 Karya Andy Warhol
Auto Terkini

Lelaki Maut Dihempap Kereta BMW M1 Karya Andy Warhol

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS

SEORANG lelaki maut dihempap kereta klasik BMW M1 yang terkenal dengan lukisan ikonik artis tersohor, Andy Warhol dalam insiden tragis di National Mall, Amerika Syarikat (AS), petang Rabu lalu.

Metropolitan Police Department (MPD) Washington berkata, insiden berlaku ketika mangsa sedang memunggah kereta tersebut dari sebuah lori pengangkut. Pihak berkuasa berkata, alat penggulung tarik (winch) yang digunakan untuk menurunkan kenderaan itu tercabut tiba-tiba hingga menyebabkan kereta jatuh dan menimpa mangsa di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia.

BMW M1 Warhol Sepatutnya Dipamerkan

Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS

Kereta bersejarah itu dijadualkan dipamerkan dalam acara Cars at the Capital anjuran yayasan Hagerty Drivers Foundation di National Mall. Namun, selepas insiden tersebut, penganjur mengesahkan acara berkenaan dibatalkan serta-merta bagi menghormati mangsa dan memberikan ruang kepada siasatan pihak berkuasa.

BMW M1 hasil tangan Warhol adalah salah satu ‘Kereta Seni’ paling terkenal dunia yang dihasilkan pada 1979, khas untuk perlumbaan enduran 24 Hours of Le Mans. Ia simbol gabungan dunia seni dan automotif yang jarang sekali dapat disaksikan secara dekat.

Siasatan Masih Dijalankan

Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS

Polis masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kegagalan alat winch yang membawa kepada tragedi berkenaan. Setakat ini, identiti mangsa masih belum diumumkan kepada umum sementara menunggu pemberitahuan kepada waris terdekat.

SUMBER: KKTV

Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Kemalangan BMW M1 karya Andy Warhol di National Mall, AS
Andy Warhol Auto Terkini BMW M1 Hagerty kemalangan Tragedi Kemalangan
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026 Mazda CX-6e, Crossover EV Mazda Dengan Rekaan Kodo Futuristik

    30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mazda 6e Tampil Buat Kali Pertama, Bukan Mazda Yang Anda Jangka

    30/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.