• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / LEGO Technic Chevrolet Corvette ZR1 Pada Harga Lebih Mampu Milik

LEGO Technic Chevrolet Corvette ZR1 Pada Harga Lebih Mampu Milik

January 1, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN Chevrolet Corvette ZR1 dibayangi model akan datang, C8, tetapi itu tidak menghalang LEGO Technic menghasilkan versi miniatur menggunakan 579 kepingan untuk model itu. Dibangunkan bersama General Motors (GM), kit LEGO Covertte ZR1 dijual pada harga AS$49.99 (RM207).

BACA >>> LEGO Technic Bugatti Chiron dengan Spoiler Aktif dan Piston Bergerak

Menurut LEGO,  supercar itu didatangkan dengan warna tradisi, jingga dan hitam, serta rim profil rendah hitam. Begitu juga empat sistem ekzos dan spoiler belakang besar.

Disebabkan ia sebahagian barisan Technic, tidak hairan kenapa pembeli akan menemui enjin V8 6.2 supercas versi kecil berkuasa 755hp dan tork 968Nm. Walaupun tiada sebarang penarafan kuasa untuk enjin mainan, tetapi sekurang-kurangnya pembeli dapat melihat pergerakan piston kereta ini.

BACA >>> Minat Punya Pasal, Peminat Ini Hasilkan Lego Nissan GT-R Nismo

LEGO Corvette ZR1 didatangkan dengan dimensi panjang 29sm, lebar 12sm dan tinggi 8sm. Walaupun tanda harga tidak begitu murah, tetapi jika dibandingkan model LEGO lain seperti Porsche 911 GT3 Rs, AS$299.99 (RM1,240) dan Bugatti Chiron, AS$349.99 (RM1446), mainan yang satu ini boleh dikatakan murah dan mampu milik.

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Corvette ZR1, GM, LEGO, Lego Corvette ZR1, LEGO Technic, Mainan, Mainan LEGO, model LEGO, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my