• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebuhraya PLUS & LPT2 Boleh Bayar Pakai RFID Mulai 1 April 2020

Lebuhraya PLUS & LPT2 Boleh Bayar Pakai RFID Mulai 1 April 2020

March 11, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RFID PLUSBERMULA 1 April 2020, pengguna 83 tol di Lebuhraya PLUS termasuklah Lebuhraya LPT2 boleh menggunakan pembayaran secara RFID.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail berkata, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID adalah selaras dengan objektif Kerajaan dalam memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengalaman perjalanan lebuh raya lebih mudah.

Tambah Azman, pihaknya menjangka akan berlaku peningkatan permintaan RFID, khususnya di kalangan 1.7 juta pengguna lebuh raya.

“ Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

“ Walaupan RFID diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh diterima di plaza-plaza tol bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

“ Pada masa sama, kami turut meminta agar semua segera memasang pelekat Tag RFID di pusat-pusat pemasangan disediakan di seluruh negara,” katanya lagi.

BACA >>> Pemasangan RFID Akan Dikenakan Caj RM35 Mulai 15 Februari Depan

Maklumat lanjut mengenai lokasi pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan di https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres.

Pusat pemasangan Tag RFID juga akan dibuka di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac. Berikut ialah senarai Pusat Pemasangan Tag RFID di Lebuh raya PLUS;

BACA >>> CIMB, PLUS Akan Tambah Pilihan Bayaran Tol Lebih Mudah Menerusi TnG RFID

BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch 'N Go yang Perlu Anda Tahu

lokasi RFID PLUS
lokasi RFID PLUS

Related

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bayar RFID di PLUS, Datuk Azman Ismail, Lebuhraya utara selatan RFID, lokasi RFID PLUS, tol RFID PLUS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev