Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuhraya EKVE Seksyen Satu Kini Dibuka, Tol Percuma hingga 30 September!
Auto Terkini

Lebuhraya EKVE Seksyen Satu Kini Dibuka, Tol Percuma hingga 30 September!

SyafieBy Syafie02/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGGUNA Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen Satu kini boleh menikmati perjalanan tanpa tol selama sebulan sehingga 30 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian tol ini sempena pembukaan rasmi Seksyen Satu EKVE yang menghubungkan Persimpangan Sungai Long ke Persimpangan Ampang.

Tawaran ini berkuat kuasa di kedua-dua arah sehingga 11.59 malam, 30 September 2025.

Penekanan Penyelenggaraan Selepas Pembukaan

Pada masa sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan keperluan penyelenggaraan lebuhraya bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

Saya berharap pihak konsesi melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan cekap dan berkesan mengikut syarat perjanjian konsesi.”

Beliau turut menggalakkan orang ramai melaporkan sebarang isu berkaitan jalan raya dan lebuhraya bertol melalui aplikasi mudah alih MyJalan.

Sejak dilancarkan pada Ogos 2023 oleh Perdana Menteri, aplikasi ini sudah merekodkan 40,938 aduan dari Ogos 2023 hingga Julai 2025.”

Nanta juga mengingatkan pengguna supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan mengutamakan keselamatan agar lebuhraya ini benar-benar memberi manfaat.

Kurangkan Sesak, Jimat Masa Hingga 20 Minit

Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pembukaan Seksyen Satu EKVE ini bakal menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Perjalanan antara Ampang dan Sungai Long-Kajang dijangka lebih cepat sehingga 20 minit berbanding laluan sedia ada.

Pembukaan ini akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan timur Selangor kerana kedudukan strategiknya yang menghubungkan bandar baharu dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.”

Ringkasan EKVE Seksyen Satu

  • Laluan dua hala sepanjang timur KLORR (Kuala Lumpur Outer Ring Road)
  • Mempunyai empat persimpangan utama seperti:
    • Sungai Long
    • Bandar Mahkota Cheras
    • Hulu Langat
    • Ampang
  • Dilengkapi empat plaza tol dan dua hentian rehat.
  • Menghubungkan terus Lebuhraya SILK Kajang dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Ampang.

Dengan adanya lebuhraya ini, pengguna dari Kajang, Semenyih, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras hingga Ampang mempunyai laluan alternatif yang lebih mudah dan menjimatkan masa.

SUMBER: NST

Auto Terkini EKVE Kementerian Kerja Raya (KKR) Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen Satu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.