Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuhraya DUKE Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Auto Terkini

Lebuhraya DUKE Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize12/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBUHRAYA Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, persetujuan yang dicapai hasil perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan DUKE menjadikan keseluruhan jumlah lebuh raya terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka kepada 12 lebuh raya yang dijangka bermula September tahun ini.

Menurutnya, senarai lebuh raya terlibat ialah:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth–Kulim
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

Alexander berkata, Lebuhraya DUKE juga dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan pembuktian konsep (Proof of Concept, POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) sebelum dilaksanakan di semua lebuh raya dalam negara.

Seperti diketahui umum, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini adalah persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya suku ketiga 2024.

Usaha ini diharap dapat memberikan peluang kepada Kerajaan, syarikat konsesi dan pihak terlibat untuk mengenal pasti serta menyelesaikan segala isu yang dapat merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF kelak,” katanya.

Menurutnya, ketika ini pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka, POC dan MLFF masih mengikut jadual dan Kementerian sedang berusaha memastikan semua perancangan dapat dijayakan lancar.

Saya memohon kerjasama semua pihak supaya dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan Kementerian yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini, sekali gus memastikan transisi MLFF dapat dilaksanakan,” katanya.

BACA >>> Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
BACA >>> Sistem Bayaran Tol Terbuka MLFF Mungkin Laksana Sebelum 2025

SUMBER: Bernama

Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Duke Duta Ulu Klang Express Lebuh Raya Lebuhraya Duke Pembayaran Tol Terbuka
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.