Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih Ramai Pengguna Beli Kenderaan BEV, PHEV Jenama Volvo Sepanjang Tahun 2024
Auto Terkini

Lebih Ramai Pengguna Beli Kenderaan BEV, PHEV Jenama Volvo Sepanjang Tahun 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Car Malaysia menutup tahun 2024 dengan mencatat rekod jualan baharu membabitkan kenderaan bateri elektrik (BEV) penuh.

Sepanjang 12 bulan tempoh berkenaan, BEV menyumbang 30 peratus daripada jumlah jualan iaitu naik 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jika dicampur pencapaian BEV dan plug-in hybrid (PHEV), ia merangkumi 83 peratus daripada jumlah jualan runcit sepanjang 2024 (naik 71 peratus berbanding tahun sebelumnya).

Apa yang direkodkan Volvo Car Malaysia menunjukkan hala tuju positif Volvo Cars untuk mencapai jualan 90 hingga 100 peratus kereta elektrifikasi menjelang tahun 2030.

Volvo Car Malaysia menawarkan pelbagai kenderaan mesra alam membabitkan siri BEV, hibrid elektrik (termasuk HEV) dan hibrid ringkas (MHEV).

Untuk siri MHEV, Volvo Car Malaysia mencatatkan jualan sebanyak 1,953 unit kenderaan untuk tahun 2024 atau satu per lima daripada jumlah jualan tahunan. Tahun lalu, MHEV menyumbang satu per tiga daripada jualan syarikat.

Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, Chris Tan berkata:

Walaupun tahun lalu merupakan tahun yang kompetitif untuk industri, kami berbangga kerana dapat terus menggerakkan visi mobiliti peribadi yang selamat dan lestari.

“Pengenalan kenderaan elektrik sepenuhnya Volvo EX30 mendapat sambutan menggalakkan dengan kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU) habis terjual sebelum pemasangan tempatan bermula.

“Kini, kami mempunyai portfolio yang lebih fokus untuk kenderaan elektrik sepenuhnya di Malaysia dengan pelancaran model mercu kami yang seterusnya, Volvo EX90.”

Volvo EX90 akan menjadi SUV elektrik penuh terbesar syarikat dan dilengkapi dengan teknologi keselamatan Volvo Cars yang paling maju setakat ini. Ini termasuk ciri inovatif seperti lidar, pengkomputeran teras serta pemantauan pemandu dan penumpang untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi dalam industri.

autoterkini Chris Tan Plug-in Hybrid (PHEV) Roda4 VOLVO Car Malaysia (VCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.