Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 1,000 Kereta Rakyat Malaysia ‘Sangkut’ di Hatyai
Auto Terkini

Lebih 1,000 Kereta Rakyat Malaysia ‘Sangkut’ di Hatyai

SyafieBy Syafie02/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Banjir Hatyai

LEBIH 1,000 kenderaan milik rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di Hatyai, Thailand berikutan banjir besar sejak 22 November lalu, dengan sebahagian tenggelam di parkir bawah tanah hotel yang dinaiki air.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani, Leong Beng Tat berkata, anggaran awal melibatkan sekitar 1,200 hingga 1,500 kenderaan yang tidak dapat dipindahkan akibat paras air masih tinggi.

Banji Hatyai

Terpaksa Urus Sendiri, Reda Tinggal Kenderaan

Beng Tat berkata, usaha menunda kenderaan menghadapi kesukaran memandangkan trak penunda dari Malaysia tidak dibenarkan memasuki kawasan terjejas di Thailand.

Lori dari Malaysia tidak dibenarkan masuk ke lokasi. Jadi kenderaan terpaksa ditarik menggunakan trak penunda Thailand terlebih dahulu hingga ke sempadan, sebelum ditukar kepada lori dari negara kita,” katanya.

Menurutnya, terdapat pemilik terpaksa menguruskan sendiri proses menunda kenderaan di Thailand kerana tidak semua polisi insurans menyediakan perlindungan di luar negara. Malah, ada terpaksa meninggalkan kenderaan masing-masing selepas mengalami kerosakan teruk atau tidak lagi dapat diselamatkan.

23 Pasukan Sukarelawan Malaysia Turun Bantu

Banjir Hatyai
Banjir Hatyai

Beliau turut memaklumkan, 23 pasukan penyelamat sukarela dari Malaysia terlibat dalam operasi membantu memindahkan dan menyelamatkan rakyat Malaysia yang terjejas di Hatyai.

Ramai hubungi kami untuk ucap terima kasih. Semua mangsa yang kami selamatkan memaklumkan sudah selamat pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Beng Tat menjelaskan, proses penyelamatan berjalan dalam keadaan sukar kerana banjir di Hatyai lambat surut kerana kedudukan kawasan bandar itu yang rendah dan mudah menakung air.

Bot Terbalik, Mesej Palsu Punca Operasi Terganggu

Mengimbau situasi sepanjang operasi, beliau mendedahkan wujud kes penyebaran mesej palsu yang mendakwa terdapat pelancong Malaysia meninggal dunia akibat banjir, menyebabkan pasukan terpaksa meninggalkan tugasan lain untuk melakukan pencarian, tetapi dakwaan itu tidak benar.

Kami terpaksa pergi mencari tetapi tiada kes kematian berlaku. Sedih bila orang sebar cerita tidak betul,” katanya.

Beliau turut berkata operasi menyelamat dijalankan dalam keadaan berisiko tinggi apabila dua bot penyelamat terbalik akibat arus deras.

Kami memang mempertaruhkan nyawa membantu mangsa, tetapi ada juga pihak menyalah guna keadaan dengan menghantar mesej palsu supaya diselamatkan terlebih dahulu,” katanya lagi.

Semua Mangsa Ditemui Selamat

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Beng Tat menegaskan semua mangsa yang ditemui berada dalam keadaan selamat dan menunjukkan semangat tinggi apabila melihat pasukan penyelamat dari Malaysia tiba memberikan bantuan.

Mereka gembira apabila nampak orang Malaysia datang membantu, malah kagum dengan usaha pasukan penyelamat kita,” katanya.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Banjir Hatyai Hatyai Thailand Kereta Banjir Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Model konsep Porsche baru atas 911, Cayenne.
    Roda4

    Porsche Rancang Model Perdana Baharu Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.