Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 1,000 Bas Elektrik Prasarana Mula Operasi Menjelang 2030
Auto Terkini

Lebih 1,000 Bas Elektrik Prasarana Mula Operasi Menjelang 2030

SyafieBy Syafie08/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bas elektrik Prasarana bakal operasi 2030

PRASARANA Malaysia Bhd (Prasarana) merancang memperkenalkan 1,045 bas elektrik (e-bas) bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang menjelang 2030, sebagai sebahagian usaha membina ekosistem pengangkutan lebih hijau dan mampan di negara ini.

Pengerusi Prasarana, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad berkata, setakat ini operasi e-bas masih terhad kepada 15 unit di Laluan BRT Sunway yang berkhidmat sejak 2015.

Laluan tersebut ialah laluan bas bertingkat yang menghubungkan beberapa stesen antara rangkaian KTM Komuter dan LRT Laluan Kelana Jaya.

Keselamatan Jadi Agenda Utama

Mohd Nasir berkata, peluasan penggunaan e-bas hanya dilaksanakan selepas aspek keselamatan benar-benar dipastikan berada pada tahap tertinggi, khususnya dalam menangani risiko kebakaran dan insiden melibatkan kenderaan elektrik (EV).

Menurutnya, operasi e-bas skala besar memerlukan latihan lebih tersusun dan kefahaman mendalam tentang tindakan awal kecemasan jika berlaku insiden tidak diingini, termasuk ketika kenderaan berada di laluan perkhidmatan.

Latihan Khas Kru, Kakitangan Operasi

Bagi memastikan kesiapsiagaan menyeluruh, latihan asas pemadaman kebakaran dan pengendalian e-bas akan diberikan kepada semua kakitangan operasi, termasuk kru bas dan petugas penyenggaraan.

Kompetensi adalah perkara paling penting dalam segala yang kami lakukan. Semua kakitangan akan menjalani latihan terlebih dahulu dan kami tidak akan memulakan operasi e-bas selagi kami benar-benar bersedia,” katanya.

Pendekatan JBPM Terhadap Kebakaran e-Bas

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran melibatkan e-bas memerlukan pendekatan berbeza berbanding kebakaran kenderaan konvensional kerana kebiasaannya kenderaan akan musnah sepenuhnya disebabkan komponen elektronik terlibat.

Menurutnya tumpuan utama pihak bomba adalah menghalang api daripada merebak ke kenderaan lain atau struktur berhampiran, selain memastikan keselamatan penumpang berada dalam keadaan terjamin.

Tanda Awal Kebakaran, Prosedur Pemindahan

Nor Hisham berkata lagi, pemandu e-bas perlu peka terhadap bau hangit atau amaran sistem sebagai petanda awal kebakaran. Kenderaan perlu dihentikan segera dan penumpang dipindahkan keluar tanpa kelewatan.

Sistem kenderaan juga mesti membolehkan pintu dibuka secara manual bagi memudahkan proses pemindahan penumpang, selain memberikan amaran kepada orang di kawasan sekitar.

Fokus Keselamatan di Depoh, Stesen Pengecas

Latihan turut merangkumi penilaian risiko awal di depoh dan kawasan pengecasan sebelum ketibaan pasukan bomba jika berlaku insiden. Aspek itu diberi tumpuan kerana operasi pengecasan arus terus (DC) berkapasiti tinggimemerlukan kawalan keselamatan lebih rapi.

Nor Hisham berkata, jika berlaku kebakaran di depoh, e-bas lain yang tidak terbakar perlu dialihkan segera bagi mengelakkan api merebak, sekali gus meminimum risiko ke atas kakitangan dan fasiliti sekitar.

SUMBER: TheStar

Auto Terkini bas elektrik Bas Elektrik Prasarana e-Bas Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.