Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Lampu Kabus Belakang – Bilakah Perlu Pasang? Kenapa Masih Ramai Pemandu *&$#@?
Autotainment

Lampu Kabus Belakang – Bilakah Perlu Pasang? Kenapa Masih Ramai Pemandu *&$#@?

Han OthmanBy Han Othman12/12/20173 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA masih ada ramai pemandu tidak reti bahasa kerana menyalakan lampu kabus belakang dalam situasi yang tidak memerlukan ia dipasang. Mungkin mereka tidak tahu bahawa tahap silau lampu kabus belakang boleh mencecah hingga 30 kali ganda berbanding lampu biasa. Mungkinkah ada pemandu yang keliru bilakah sepatutnya lampu kabus belakang dipasang? Apakah mesti dipasang setiap kali hujan?

Artikel kali ini akan mengulas panjang lebar mengenai lampu kabus belakang.

Lampu kabus belakang (rear fog lamp) ialah lampu merah yang mempunyai tahap kecerahan menyamai lampu brek – apabila ditekan. Lampu itu memerlukan pemandu menyalakannya secara manual apabila memandu dalam situasi penglihatan yang sangat teruk seperti hujan lebat, kabus tebal atau salji.

Tujuan lampu kabus belakang direka adalah untuk meningkatkan kejelasan kereta anda supaya dapat dilihat kenderaan di belakang. Lampu kabus belakang juga biasanya lebih terang daripada lampu belakang dengan suluhan cahaya lebih rapat supaya dapat menembusi kabus, hujan atau salji.

SUDAH ADA SEJAK 1970-AN

Lampu kabus belakang sudah menjadi ciri keselamatan mandatori sejak 1970-an bagi semua kereta dalam negara yang mematuhi syarat keselamatan kenderaan Eropah (ECE), Peraturan 48 yang mewajibkan pengeluar memasang lampu dan reflektor. Tetapi di Amerika Syarikat (AS), syarat lampu kabus belakang cuma bermula kira-kira sedekad lalu, manakala di Malaysia, penggunaan lampu kabus belakang masih lagi hijau, belum pun sampai lima tahun.

Antara model masa kini yang menawarkan fungsi lampu kabus belakang ialah Toyota Vios, termasuk Proton Saga dan Persona baharu.

BERAPA BANYAK LAMPU KABUS BELAKANG BOLEH ADA?

PanduLaju.com.my

Kebanyakan negara membenarkan sesebuah kereta mempunyai satu atau dua lampu kabus belakang. Jika menggunakan lampu kabus belakang tunggal, ia biasanya dipasang di bahagian bampar belakang sebelah pemandu. Beberapa pakar keselamatan automotif mendakwa ciri lampu kabus belakang tunggal adalah paling selamat.

Walaupun peraturan membenarkan sesebuah kereta mempunyai dua lampu kabus belakang. Tetapi ciri tersebut didapati kadangkala mengelirukan pemandu belakang untuk melihat pertukaran lampu brek kerana seakan sama dengan lampu kabus belakang. Jadi, ada sesetengah negara cuma melakukan pendawaian elektrik bagi satu lampu sahaja walaupun kereta tersebut didatangkan dengan dua lampu kabus belakang.

Proton Saga dan Persona misalnya, meletakkan kedudukan lampu kabus belakang tunggal di bahagian tengah dan bawah bampar.

BACA >>> Fahami Fungsi Lampu Kereta, Jangan Pasang Sebarangan!

TIDAK TAHU GUNA

lampu-kabus-belakang-golfmk5Ramai pemandu tidak tahu atau buat tidak endah tentang cara penggunaan lampu kabus belakang. Ingat, lampu tersebut tidak perlu dinyalakan hanya kerana hujan atau salji (di luar negara), atau kerana hari gelap sama ada malam atau mendung, ataupun mahu berlagak cool sebab dapat memandu dengan lampu kabus belakang terpasang.

Jadi, apakah alasan kuat yang membuatkan anda perlu memasang lampu kabus belakang? Jawapannya, anda cuma perlu membayangkan diri anda sendiri sedang memandu dalam cuaca buruk dengan tahap kejelasan teruk hingga mengharapkan pemandu di hadapan dapat menyalakan lampu kereta mereka supaya mudah dilihat.

Kalau di Malaysia, situasi berkenaan mungkin boleh di samakan dengan bencana jerebu teruk yang pernah melanda negara ini hingga kejelasan penglihatan merosot kurang 400 meter ataupun cuma dapat lihat setakat 3 tiang lampu jalan di hadapan saja. Ataupun hujan lebat atau ribut yang membuatkan anda terpaksa memandu di bawah 40kmj! Ya, boleh dikatakan penggunaan lampu kabus belakang sangat jarang digunakan. Lebih jarang daripada menggunakan lampu suluh tinggi (high beam)

Tetapi ingat, jika sudah memasang lampu kabus belakang, anda juga mesti tidak lupa menutupnya segera sebaik sahaja cuaca buruk berakhir. Ini perlu dilakukan supaya cahaya terang lampu itu tidak menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya lain.

Kesimpulannya, setiap kali mahu memasang atau menghidupkan lampu kabus belakang, anda perlu bertanya dulu kepada diri sendiri;

“Kenapa drebar di hadapan tak pasang lampu kabus belakang? Bukankah lagi bagus kalau dipasang?”

Ataupun;

“Kenapa dia tak matikan lampu kabus? Silau sangat sampai sakit mata!”

Jika anda boleh melakukannya – menutup lampu – ketika menggunakan lampu suluh tinggi, perkara sama juga perlu dilakukan untuk lampu kabus belakang. Kesannya sama saja, menyakitkan mata dan hati pemandu di belakang!

LAMPU BELAKANG NORMAL VS LAMPU KABUS BELAKANG

Berikut ialah video perbandingan antara lampu belakang normal dan lampu kabus belakang apabila dipasang. Menurut 04smallmj dari Britain yang memuat naik video tersebut di laman YouTube, dia melakukan rakaman tersebut dalam keadaan cuaca kabus tebal. Lihat saja cahaya lampu jalan yang berkabut.

Di bawah ini pula ialah mesej pesanan khidmat masyarakat yang dibikin khas Toyota Malaysia kepada pengguna-pengguna model jenama itu, termasuk juga pemandu lain di negara ini. Seingat kami, belum ada lagi mana-mana pengeluar automotif dunia yang terpaksa membuat pesanan khas untuk mengingatkan pemandunya tentang etika menggunakan lampu kabus belakang. Jadilah pemandu bijak dan bertanggungjawab!

BACA >>> #SembangDeras: Antara Teknologi Buatan dan Teknologi ‘Common Sense’

autotainment cara guna lampu kabus belakang lampu kabus belakang Roda4 tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD ATTO 3 EVO 2026 Di Eropah, Bateri LFP 74.8 kWj, 510 KM, 0-100 KM/J Dalam 3.9 Saat!

11/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
Roda4

JAECOO J5 Didedah Menjelang Pelancaran, Harga Anggaran RM110k

08/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!

08/02/2026

3 Comments

  1. khairul on 29/11/2016 13:41

    tlg tegur juga lampu spotlight hadapan bila perlu digunakan.ramai juga x tahu.agak menyilaukan juga. jika kenderaan blakang pasang lampu spotlight kena pula yg x tahu nk ejas lampu tu.kalau kita pasang lampu kabus kenderaan di belakang kita silau.begitu juga kenderaan blakang kita pasang lampu spotlight.mmg menyilaukan.

    Reply
    • ADMIN KEDAUN on 02/12/2016 08:28

      Setuju. Fog light hadapan juga ada kalanya di pasang walaupun pada hati biasa.

      Reply
  2. Victor on 10/10/2017 10:29

    Kebanyakan pemandu 2 sekarang suka pasang lampu kabus hadapan sesuka hati ,kemungkinan banyak pemandu tidak ketahui kegunaan lampu kabus ,harap pihak berkenaan JPJ atau PDRM dapat membantu perkara ini.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.