Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Lampu Isyarat di Lintasan Kuning, Ikut Lampu atau Lintas Bila Tiada Kereta?
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Lampu Isyarat di Lintasan Kuning, Ikut Lampu atau Lintas Bila Tiada Kereta?

Han OthmanBy Han Othman08/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lampu isyarat di lintasan kuning
PERNAHKAH anda berada di lintasan pejalan kaki berbelang kuning yang dilengkapi lampu isyarat, dan tertanya-tanya,

Perlu ikut lampu, atau boleh lintas terus kalau tiada kenderaan?”

Jika ya, anda tidak keseorangan. Ramai pengguna jalan raya keliru apabila berdepan situasi sebegitu, terutama sekali di kawasan bandar sibuk. Atau selepas membaca artikel sebelum ini Jadi, mari kami perjelaskan perkara ini.

Apa Maksud Lintasan Kuning?

Lintasan kuning

Asasnya, lintasan pejalan kaki kuning bermaksud:

  • Jika pejalan kaki sampai dahulu, pemandu kenderaan wajib berhenti
  • Jika pemandu sampai dahulu, pejalan kaki perlu beri laluan

Ini berbeza lintasan belang putih, yang mewajibkan pemandu memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas tanpa mengira siapa yang sampai dahulu.

Bila Ada Lampu Isyarat, Mana Perlu Diutamakan?

Lampu isyarat di lintasan kuning

Namun, apabila lampu isyarat dipasang di lintasan kuning, keutamaan sudah berubah.

Ikut arahan lampu isyarat, bukan mengikut jangkaan sendiri.

Ini bermaksud, jika lampu isyarat merah untuk pejalan kaki, anda tidak dibenarkan melintas, walaupun kelihatan tiada kenderaan.

Mengapa? Kerana apabila sistem kawalan isyarat digunakan, ia mengatasi peraturan asal lintasan kuning. Ini sama seperti di persimpangan apabila polis trafik memberi arahan, arahannya akan mengatasi lampu isyarat.–

Tapi Kalau Jalan Kosong, Boleh Lintas Tak?

Ramai mungkin beranggapan, “Jalan kosong, apa salahnya melintas?”

Namun, perlu diingat, peraturan jalan raya dicipta untuk dipatuhi semua pihak secara konsisten. Tindakan kecil seperti melintas sesuka hati mungkin nampak remeh, tetapi boleh mencetuskan kekeliruan atau situasi berbahaya kepada pengguna lain.

Kenapa Guna Lintasan Kuning, Bukan Putih Sahaja?

Sekarang timbul pula persoalan seperti di atas. Alasannya:

  • Lintasan kuning dengan lampu isyarat biasanya dipilih untuk lokasi dengan trafik tinggi atau berhampiran simpang.
  • Jika digunakan lintasan putih, pejalan kaki mempunyai hak mutlak, dan ini boleh menjejaskan kelancaran aliran trafik jika tidak dikawal.

Jadi, kombinasi lintasan kuning + lampu isyarat sebenarnya langkah pengimbangan keperluan pejalan kaki dan pemandu.

Bagaimana Pula Kalau Lintasan Ada Warna Kuning dan Putih?

Lintas putih-kuning di Rusia
Lintas putih-kuning di Rusia

Walaupun jarang digunakan di Malaysia, lintasan pejalan kaki dengan kombinasi belang kuning dan putih sebenarnya wujud di beberapa negara luar seperti Switzerland, Rusia dan Kazakhstan.

Tujuannya adalah meningkatkan kesan visual, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti zon sekolah atau hospital. Namun, kombinasi tersebut tidak dinyatakan secara rasmi dalam garis panduan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Malaysia.

Seandainya terlihat di jalan kita, ia mungkin hasil inisiatif pihak berkuasa tempatan (PBT) atau percubaan rekabentuk khas. Dalam kes sebegini, prinsip asasnya mudah:

  • Jika ada lampu isyarat, ikutlah lampu.
  • Kalau tiada lampu isyarat, anggaplah sebagai lintasan putih, iaitu pemandu perlu berhenti apabila ada pejalan kaki hendak melintas.

Maksudnya, apabila nampak gabungan warna pelik seperti itu, pilihlah untuk selamat, bukan cepat.

Hormati Sistem, Utamakan Keselamatan

Berbalik kepada topik asal, jika anda berada di lintasan kuning dengan lampu isyarat:

  • Merah: Tunggu lampu hijau sebelum melintas
  • Hijau: Lintas dengan yakin apabila dibenarkan

Sistem trafik diwujudkan bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk menjamin keselamatan dan kelancaran kepada semua pengguna jalan raya.

Hormati peraturan, bertimbang rasa sesama pengguna, dan kita semua akan selamat sampai ke destinasi.

SUMBER: JKR | JPJ

apa nak buat keselamatan jalan raya Lintasan Belang Kuning Lintasan Belang Putih Lintasan Pejalan Kaki tahukah anda Zebra Crossing
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Baru 5 Minit Dibuka! Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Terus ‘Licin’

25/02/2026
Auto Terkini

Perodua Tegaskan Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Sahaja, Kalau Lebih Itu Mitos

25/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda: TailorFit Dari Nissan, Nampak dan Rasa Seperti Kulit Tetapi Bukan!

25/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.