Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!
Bikin Auto

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

Abang HirataBy Abang Hirata30/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PAKAR modifikasi kenderaan terkemuka dari Britain, Urban Automotive memperkenalkan program penggayaan gentian karbon eksklusif Widetrack untuk Lamborghini Urus SE.

Penampilan sulung model yang diberikan nafas baharu itu dilakukan serentak  di dua lokasi iaitu di fasiliti pengeluaran Urban Automotive di Milton Keynes, Britain dan juga Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Langkah melancarkan model itu serentak di dua negara adalah pencapaian penting rancangan pelan peluasan antarabangsa Urban Automotive.

Las Vegas menjadi lokasi pilihan bagi kemunculan sulung Lamborghini Urus SE Widetrack di AS.

Selain status sebagai tuan rumah pameran Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA), bandar itu turut berkongsi budaya kereta yang berani dan menonjol bersama Los Angeles.

Sempena pelancaran itu, model tersebut tampil memukau dalam balutan jingga premium, Inozetek Gloss Pearlescent Pearl Marigold Orange.

Falsafah Rekabentuk OEM+

Urban Automotive menggunakan falsafah OEM+ dalam melakukan modifikasi pada kenderaan utiliti sukan (SUV) prestasi tinggi  Lamborghini itu.

Proses rekabentuk dan pembangunan model itu memakan masa 10,000 jam bagi memastikan setiap perincian tepat.

Rekabentuk juga mengambil ilham dan merujuk secara halus kepada beberapa model ikonik daripada sejarah warisan Lamborghini.

Setiap permukaan luaran Urban Urus SE Widetrack diperhalusi dan dipertingkat menggunakan komponen gentian karbon tempahan khas yang dihasilkan secara dalaman.

Hasil kerja tangan itu bertujuan menjadikan SUV tersebut kelihatan lebih berkuasa dan menarik secara visual berbanding model standard keluaran kilang.

Perincian Luaran Gentian Karbon

Bahagian depan SUV itu dilengkapi spliter gentian karbon tiga bahagian yang disertakan dengan sirip hujung canard.

Bahagian bonet diganti unit gentian karbon yang menampilkan rekabentuk liang bull nose berfungsi.

Rekabentuk itu diilhamkan secara langsung daripada model Lamborghini Aventador SVJ, yang mana corong masuk dan keluar udara dihasilkan melalui cetakan 3D dengan kemasan corak Hex ikonik Lamborghini.

Profil sisi menonjol dengan pemasangan gerbang roda Widetrack gentian karbon enam bahagian yang melebarkan badan Urus sebanyak 40mm.

Panel sisi gentian karbon baharu turut menampilkan hiasan cetakan 3D dengan logo UA dalam corak Hex.

Selain itu, sambungan sil bawah daripada gentian karbon terdedah direka sebagai tribut kepada salur masuk udara pada model Miura.

Bahagian Belakang, Sistem Ekzos

Bahagian belakang Urus SE menampilkan bampar gentian karbon baharu dengan difuser dua liang dan sirip hujung canard berasingan.

Bagi melengkapkan aspek aerodinamik, satu spoiler gentian karbon visual dipasang pada atas spoiler asal bagi menghasilkan kesan aero double stacked yang dramatik, lengkap dengan plat hujung yang membawa logo UA.

Sistem ekzos pula menggunakan unit kuad bilet dengan perincian aksen luaran untuk memberikan impak visual dan bunyi lebih menyerlah.

Bagi melengkapkan gaya, Urus itu dipadankan rim Urban-Vossen UV-1R yang direka khas untuk mengisi ruang pada gerbang roda yang dilebarkan.

Harga, Pilihan Pelanggan

Program penukaran penuh Urban Widetrack untuk Lamborghini Urus SE itu ditawarkan pada harga bermula £51,800 (RM276,460), termasuk kos pemasangan.

Selain perubahan luaran, pelanggan juga diberi pilihan untuk menempah ruang dalaman khas dengan pelbagai pilihan warna dan bahan mengikut cita rasa dan keperluan peribadi masing-masing.

Bikin Auto Lamborghini Lamborghini Urus Lamborghini Urus SE Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) Urban Urban Automotive Urban Widetrack Widetrack
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026 Mazda CX-6e, Crossover EV Mazda Dengan Rekaan Kodo Futuristik

    30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mazda 6e Tampil Buat Kali Pertama, Bukan Mazda Yang Anda Jangka

    30/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.