Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Huracan RWD Spyder Janjikan Lebih Keseronokan Memandu
Roda4

Lamborghini Huracan RWD Spyder Janjikan Lebih Keseronokan Memandu

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

lamborghini-huracan-rwd-spyder-bg
LAMBORGIHINI Huracan adalah salah satu kejutan terbesar yang datang daripada pengeluar supercar Itali itu sejak melakukan debut di Pameran Auto Geneva 2014 bagi menggantikan model sedekad paling laris, Gallardo. Anda mungkin mengatakan Gallardo sudah cukup hebat dan sukar dikalahkan, tetapi menerusi Huracan anda akan menyedari betapa supercar itu berada dalam kelas tersendiri. Ini kerana ia lain daripada lain!

Huracan Coupe dan Spyder pertama didatangkan dengan kod nama LP 610-4, di mana 610 bermaksud kuasa enjin 610hp, manakala 4 ialah pacuan semua roda (AWD). Coupe ialah versi standard sebuah kereta supercar Lamborghini, dan Spyder pula ialah versi konvertibel dengan bumbung terbuka. Jika Huracan LP 610-4 Coupe beraksi hebat di atas trek, Huracan LP 610-4 Spyder pula tampak sempurna di atas jalan raya.

Kemudian, muncul pula debut Huracan LP 580-2 Coupe dengan kuasa kuda dikurangkan kepada 580hp bersama konfigurasi ‘2’ tayar, merujuk kepada sistem pacuan roda belakang (RWD). Walaupun tidak sepantas abang-abang AWD, tetapi pengalaman memandu Huracan RWD dikatakan lebih fiil dan mengujakan. Malah, Huracan RWD mampu melungsur dan menyeret tayar!

TAMPIL BERBEZA, TETAP BERKUASA

Tidak lama selepas Huracan LP 580-2 Coupe, ramai peminat automotif sudah pun menjangkakan kehadiran pasangannya, versi Spyder atau kod nama LP 580-2 Spyder. Cuma masa menentukan. Sekarang, apa kata kita ketepikan dahulu kod nama yang serba mengelirukan. Kita panggil saja Huracan versi baharu itu sebagai RWD Coupe dan RWD Spyder.

Bersama kuasa 580hp, kelajuan Huracan RWD Spyder daripada sifar kepada 100kmj ialah 3.6 saat, cuma 0.2 saat lebih perlahan berbanding Huracan Spyder (versi AWD). Kelajuan maksimum pula mampu mencecah 319kmj, iaitu 4.8kmj lebih perlahan daripada Huracan Spyder. Apapun, masih lagi laju bukan?

Desain depan dan belakang Huracan RWD Spyder direka semula supaya tampil berbeza dengan berat keseluruhan 1,467kg, iaitu 33kg lebih ringan berbanding Huracan Spyder. Kesimpulannya, jika versi RWD ialah Huracan terbaik untuk dipandu, varian Spyder pula adalah Huracan terbaik untuk dimuatkan dengan RWD. Hasilnya, pemanduan menyeronokkan dalam gaya sempurna!

Jangkaan harga Huracan RWD Spyder ialah AS$220,000 (RM964,049) apabila mula berada di pasaran pada Januari tahun depan.

GALERI

Huracan RWD Spyder Lamborghini Lamborghini Huracan Lamborgini LP 580-2 Spyder Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Skyline Bakal Kembali!

15/04/2026
Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

13/04/2026
Elektrifikasi

Shooting-Brake dari China, Denza Z9GT 2026 Kini di Eropah dengan Fungsi ‘Crab-Walk’

14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.