Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Laluan Pintas Gopeng ke Kuala Kangsar Akan Dibina Elak Sesak, Nahas Terowong Menora
Auto Terkini

Laluan Pintas Gopeng ke Kuala Kangsar Akan Dibina Elak Sesak, Nahas Terowong Menora

FarahBy Farah17/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Negeri Perak bersetuju dengan cadangan projek pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa perlu melalui Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Kerajaan Negeri menyokong projek itu yang melibatkan laluan sepanjang 64km melalui susur keluar Gopeng hingga Siputeh dan bersambung ke Kuala Kangsar.

Jarak melalui jalan itu sedikit panjang, tetapi masa diambil tidak lama kerana tidak melalui bukit. Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya cadangan tersebut kerana projek ini di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana Kerajaan.

“Dalam tempoh setahun, syarikat berkenaan berjaya menguruskannya dengan berjumpa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Saarani berkata lagi, syarikat yang menguruskan projek itu sudahpun mendapat kelulusan Kerajaan sejak April lalu dan sedang mencari pembiaya dalam tempoh dua tahun sebelum kerja pengambilalihan tanah dan pembinaan dilakukan.

Saarani berharap projek berkenaan dapat mengurangkan kemalangan kerana laluan di situ yang berisiko, iaitu berbukit, curam dan sesak. Jika kesesakan dikurangkan, ia juga diharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Pada Rabu lalu, Malaysia digemparkan nahas melibatkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAAS) yang rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan dua treler. Insiden itu berlaku berdekatan Terowong Menora di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar.

BACA >>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler
BACA >>> Video Penumpang Bas Menari Ulek Mayang, Dipercayai Dirasuk

SUMBER: Bernama

Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) kerajaan perak Kuala Kangsar laluan alternatif Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Terowong Menora
Farah

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.