Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak
Autotainment

Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak

Han OthmanBy Han Othman10/10/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDU kereta dengan transmisi dual-klac (DCT) tidaklah sukar. Tetapi ada beberapa langkah perlu diberikan perhatian untuk mengelakkan kerosakan ke atas jenis kotak gear automatik itu. Tidak semua pemandu faham sepenuhnya tentang ciri DCT. Ramai kerap melakukan tabiat tertentu yang berisiko menyebabkan kerosakan.

Ingat, DCT yang rosak boleh menyebabkan si pemandunya menangis penuh kehibaan, tetapi bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Misalnya, jika kita perasan ada berlaku masalah lengah atau delay ketika cuba menukar gear (baca: gear masuk lambat), respon awal tentang punca tersebut mampu mengelak masalah lebih buruk berlaku. 5 tabiat di bawah ini adalah apa yang perlu anda elakkan jika tidak mahu DCT rosak, diolah khas berasaskan penjelasan video YouTube yang dikongsikan Engineering Explained:

1. TUKAR NEUTRAL (N) APABILA BERHENTI

Apabila berhenti, pemandu kereta DCT kerap meletakkan gear dalam posisi neutral (N) kerana beranggapan tindakan itu akan melindungi transmisi. Sebenarnya, jurutera sudah pun menyelesaikan isu tersebut sebelum jadi lebih rumit.

Dalam DCT, apabila tekanan dikenakan ke atas brek, dan kereta mula memperlahankan pergerakan, kedua-dua klac pada gear sudah dinyahsambung (disengaged) secara automatik. Maksudnya, kereta anda sudah jadi neutral walaupun gear tidak dianjakkan kepada N. Jadi, memijak brek ketika berhenti tanpa menukar gear kepada N bagi kereta DCT, tidak akan merosakkan transmisi.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

Sebaliknya, kekerapan menukar gear (N-D-N-D) setiap kali berhenti (kononnya untuk jimat minyak dan jaga transmisi) menyebabkan berlakukan situasi sebaliknya. Seperti dijelaskan di atas, jurutera sudahpun menyelesaikan masalah tersebut.

Situasinya sama seperti teknologi mod eko dengan ciri henti-mula (stop-start) yang berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin (untuk jimat minyak) ketika menempuh situasi trafik yang perlu banyak berhenti dan bergerak. Apakah kekerapan enjin dihidupkan dan dimatikan itu akan menyebabkan kereta jadi cepat rosak? Tidak, fungsinya memang sudah begitu!

2. TIDAK TEKAN BREK KETIKA MENDAKI

Tekan brek jika berhenti dalam kedudukan mendaki.

Memandu secara mendaki memang mencabar dan perlu ada cara yang betul tidak kira kereta anda jenis automatik konvensional atau DCT. Bagi kereta automatik biasa, pusuan (surge) pada penukar tork atau torque converter mampu mengekalkan posisi kereta pada satu-satu masa tanpa membuatkan tayar terundur ke belakang.

Bagi kereta DCT pula, pek klac itu sendiri yang akan memegang kereta. Bagaimanapun, daya yang diperlukan untuk mengekalkan kereta pada satu-satu posisi berisiko memberikan stres ke atas klac, sekali gus menyebabkan masalah kepanasan dan gelinciran. Inilah antara punca kerosakan klac DCT.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak

Cara yang betul adalah tekan saja brek jika berhenti dalam posisi mendaki, dan tekan semula pedal minyak apabila mahu bergerak. Jangan amalkan tabiat melahukan minyak (rev) untuk kekalkan posisi kereta ketika berhenti dalam kedudukan mendaki. Ini akan menyebabkan kepanasan, kehausan dan stres ke atas klac.

Ada banyak jenis DCT yang memiliki ketahanan berbeza. DCT multiplat dan klac basah mampu menyerap lebih haba berbanding transmisi lain, manakala klac kering lebih ringan dan bekerja lebih cekap. Ciri Bantuan Mula Daki (HSA) dan Brek Pegun Automatik (Auto Hold) adalah antara teknologi yang dibangunkan untuk menjaga klac DCT, sekali gus mengatasi tabiat buruk pemandu.

3. ‘CUCUK’ KERETA DEPAN DALAM TRAFIK SESAK

Bersabarlah ketika memandu, laju-laju nak ke mana?

Sama seperti orang lain, kita semua perlu meluangkan masa menempuh kesesakan jalan raya hampir setiap hari, sama ada ketika waktu puncak ataupun cuaca buruk. Isunya, tabiat mengekori rapat kenderaan depan dengan kerap membrek dan bergerak secara tekan-lepas-tekan-lepas (dalam gear).

Itu bukanlah idea yang bagus buat pemilik kenderaan DCT kerana klac gear pertama sebenarnya belum sempat disambungkan atau engaged sepenuhnya. Ini berisiko menyebabkan kehausan transmisi.

BACA >>> Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

Apapun, penting untuk kita tahu, klac memang sudah direka untuk berdepan tabiat memandu seperti itu. Maknanya, transmisi kereta anda tidaklah terus saja rosak selepas buat aksi di atas. Pesannya, cubalah elakkan memandu seperti itu kalau mahu jangka hayat transmisi panjang.

Tunggulah jarak yang sesuai dengan kenderaan depan (lebih kurang sebuah kereta) sebelum melepaskan brek dan biarkan kereta bergerak (dalam gear). Jarak yang cukup memberikan masa untuk kenderaan DCT bergerak dalam gear satu sepenuhnya tanpa menyebabkan stres ke atas enjin.

4. TURUN GEAR KETIKA SEDANG MEMECUT, TAMBAH GEAR SAMBIL PIJAK BREK

Karakter DCT tidak seperti transmisi manual.

Cara menukar gear memainkan peranan penting atas kemampuan kita mengawal kereta yang dipandu. Sesetengah pemandu DCT ada tabiat buruk seperti menurunkan gear ketika memecut dan menaikkan gear sambil kaki memijak brek.

Menukar gear pada masa salah tidak akan menyebabkan kerosakan, tetapi menjejaskan prestasi kereta. Anda akan mengalami masalah lengah (delay) anjakan, atau bahasa mudahnya, gear tukar lambat. Konfigurasi DCT yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua syaf transmisi (satu untuk gear ganjil, satu lagi genap), biasanya akan membuat pilihan awal gear mengikut situasi dimahukan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Gear ‘Hi-Range 4WD’ dan ‘Lo-Range 4WD’?

Apabila memecut dengan menekan pedal minyak untuk mendapatkan lebih kuasa, DCT akan memilih gear tinggi. Sebaliknya, jika anda memijak brek pada masa sama, kereta akan bergerak perlahan dan transmisi akan memilih gear rendah.

Jadi, apabila brek ditekan sebelum gear dianjak naik, anda akan mengalami situasi gear lambat bertukar atau delay. Ini berlaku kerana kereta sedang memilih gear rendah untuk disesuaikan dengan situasi memandu semasa (yang sedang menekan brek). Sekiranya gear betul tidak dapat dipilih awal, kereta DCT akan mengambil sedikit masa untuk mencari dan memilih gear yang tepat.

Senario delay biasa berlaku dalam situasi begini: Ketika menghampiri lampu isyarat merah dan bersedia berhenti (brek ditekan dan kereta mula perlahan), lampu tiba-tiba bertukar hijau. Anda yang belum pun berhenti sepenuhnya, sekarang perlu pula bergerak.

Jadi, apa yang biasa dilakukan adalah terus saja menekan minyak untuk memecut. Biasanya, pada tahap inilah delay dirasai kerana klac akan disengaged apabila kereta dalam situasi cukup perlahan seperti djelaskan di atas.

5. PIJAK BREK SAMBIL REV ENJIN


Dalam usaha memecut kereta dengan cepat, pemandu DCT kerap menekan pedal brek dan minyak serentak dalam jangka masa lama. Tabiat itu akan menjana kepanasan dan tegangan yang kemudian akan dipindahkan pada klac dan menyebabkan kerosakan.

Mujurlah sesetengah kereta mempunyai sistem yang mampu mengelak kerosakan akibat salah laku tersebut. Ketika kelajuan enjin meningkat, kenderaan akan menyahsambung transmisi jika kereta tidak bergerak. Bagaimanapun, walaupun anda tahu kereta anda menawarkan perlindungan ke atas transmisi, lebih baik elakkan risiko.

SUMBER: Engineering Explained

autotainment DCT kotak gear Roda4 tip tip jaga transmisi transmisi Transmisi Dual-Klac DCT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026

4 Comments

  1. Adam on 15/03/2019 23:38

    Ade sekali Tu saya memandu secara panik kerana kipas tidak berfungsi Dalam keadaan jem. Saya memasukkan gear d ke p kemudian matikan enjin Dan masukkan ke gear n untuk menuruni Bukit. Masalahnya saya menukar gear dengan tergesa gesa Dan apabila saya sedang masukkan gear r seolah olah Ada bunyi. Adakah tragedi iniboleh merosakkan gearbox saya.? Baru
    sekali mengalami pengalaman ini.

    Reply
  2. Din Salam on 19/05/2020 19:20

    Bila saya berhenti di lampu isyarat ,perlu ke saya tukar kotak gear ke N.

    Reply
  3. Nil on 28/05/2020 22:39

    kadang terpikir untuk ape sebenarnya gear N tu dibuat kalau tak boleh digunakan? mesti ade sebab kenapa pakar Automatic transmission ni cipta untuk kereta AT,CVT,DCT..

    Reply
  4. Logik akal on 03/08/2021 08:30

    Kalau N tu dibuang, sanggup ke panggil kren atau towing kalau keta sangkut kat mana2 tp boleh ditolak…. contohnya keta mati tgh2 jalan jem, dan keta tu lah punca jalan jem…. nak panggil heli angkat keta…??? Contoh je….. setiap design dah ad sebab…. tinggal rajin ngan malas nak kaji je….

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.