Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
Auto Terkini

KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize01/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur sempena sambutan Aidilfitri dengan 1,864 tiket ditawarkan.

Sebanyak empat perjalanan tren ekspres disediakan yang bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

BACA >>> KTMB Sedia ETS Tambahan Sempena Aidilfitri, Hari Pekerja, Tiket Mula Jual Hari Ini
BACA >>> Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar

Menurut KTMB, tiket akan mula dijual bermula hari ini (1 April) pada harga RM55 hingga RM83 untuk perjalanan sehala. Pengguna disarankan melakukan pembelian melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman web KTMB.

Perkhidmatan itu adalah alternatif kepada pengguna yang hendak pulang beraya ke Pantai Timur menggunakan jalan darat yang sering sesak setiap kali musim perayaan.

Inisiatif itu juga adalah kepada mereka yang mahu pulang ke kampung dengan selesa, selamat dan tambang berpatutan.

Tren Khas Lambaian Aidilfitri ini akan berhenti di 16 stesen iaitu di Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu, Tumpat dan beberapa stesen lain,” katanya.

Ada dua jadual bagi tren, iaitu:

PERJALANAN PERTAMA:  Pada 19 April bermula jam 11 malam dan berakhir jam 3.53 petang, dan pada 24 April bermula jam 10.50 malam dan tiba jam 3.10 petang.

PERJALANAN KEDUA: Pada 20 April bermula jam 11 malam dan tiba jam 3.53 petang dan pada 25 April jam 10.50 malam dan tiba jam 3.10 petang.

Tren dilengkapi kemudahan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengucapkan terima kasih kepada KTMB atas inisiatif berkenaan.

Kementerian Pengangkutan berterima kasih kepada KTMB kerana memberikan penyelesaian kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman.”

Kita sedia maklum kesesakan ketika musim perayaan adalah masalah utama negara kita. Perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

BACA >>> Kerajaan Lancar MyRailLife, Percuma Naik Komuter, Shuttle KTM untuk Pelajar Sekolah, OKU
BACA >>> Stesen KTMB Kajang 2 Mula Operasi Isnin Depan, 13 Mac

SUMBER: BHarian

Anthony Loke Auto Terkini express Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB MoT Raya aidilfitri tren khas
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.